Berita Terkini

KEMUDAHAN MESIN ATM DI POLITEKNIK MUADZAM SHAH

Tahun 2013
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar pada ketika itu telah mengemukakan Kertas Cadangan Permohonan Mesin ATM Bagi Kemudahan Pelajar Politeknik Muadzam Shah. ( rujuk http://mpppms.blogspot.my/2013/09/permohonan-mesin-atm-di-politeknik.html )

Tahun 2014
Pondok ATM telah dibangunkan di hadapan Pagar Utama Politeknik Muadzam Shah. Akan tetapi, mesin ATM tidak diletakkan.

Tahun 2015
Pada Mac 2015 semasa Suara Siswa diadakan, pelajar bertanyakan soalan mengenai status Mesin & Pondok ATM dihadapan Pagar Utama. ( rujuk http://mpppms.blogspot.my/2015/07/suara-siswa.html ). Kami difahamkan kemudahan mesin ATM masih dalam proses. PMS hendaklah mencukupkan kuota pelajar terlebih dahulu. Hal ini dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).

Pada Ogos 2015, Mesin ATM telah diletakkan tetapi tidak boleh digunakan lagi. Akhirnya setelah hampir 2 tahun menunggu, Mesin ATM secara rasminya berfungsi dan boleh digunakan pada 23 Ogos 2015 (Ahad). 

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada mantan Majlis Perwakilan Pelajar yang berusaha dan bersusah payah memohon kemudahan ini.

Diharap agar mahasiswa/i dapat menjaga harta dan kebersihan Pondok ATM.

"SUARA HATI ANDA MATA PENA KAMI"
Learn more »

#SehatiSejiwa: MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-58

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 2015 bertempat di Auditorium JRKV. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia En.Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah, Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ketua-ketua Jabatan, Ketua Unit, Staf dan mahasiswa/i Politeknik Muadzam Shah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian & Moral Majlis Perwakilan Pelajar dan diikuti dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, saudara Khairul Hafiz Bin Kalim. Seterusnya, majlis diteruskan dengan Ucapan Kemerdekaan oleh En. Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah, Pengarah Politeknik Muadzam Shah seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-58 dengan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai gimik pelancaran.

Tayangan Multimedia berkenaan aktiviti yang dianjurkan sepanjang Bulan Kemerdekaan Ke-58 serta Kronologi Kemerdekaan telah dipersembahkan sebagai santapan mata para tetamu. Majlis diteruskan dengan Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah kepada Ketua-ketua Jabatan. Setelah itu, majlis disambung dengan nyanyian lagu Tanggal 31 dan Sehati Sejiwa, lagu tema bagi Hari Kemerdekaan Ke-58.

Laungan “MERDEKA” telah dilaungkan oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar sebanyak 3 kali dan disambut oleh para tetamu. Dengan berakhirnya laungan itu menandakan majlis telah sampai ke penghujungnya. Sebelum majlis bersurai, satu sesi bergambar telah diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.

Ketibaan Pengarah, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan Ketua-ketua Jabatan diiringi Wataniah Politeknik Muadzam Shah

 Ucapan Kemerdekaan oleh Pengarah PMS seterusnya merasmikan majlis dengan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbolik perasmian

 Tayangan Multimedia

 Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua-ketua Jabatan

 Nyanyian lagu Tanggal 31 dan Sehati Sejiwa

 Laungan "MERDEKA" yang dipimpin oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar

 Sesi Bergambar
Learn more »

CERAMAH KESEDARAN KESIHATAN WANITA

Pada 18 Ogos 2015 (Selasa), Majlis Perwakilan Pelajar  dengan kerjasama Puspanita Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan Ceramah Kesihatan Wanita sempena Hari Kesedaran Kesihatan Wanita & Hari Terbuka Taska Politeknik Muadzam Shah bertempat di Perkarangan Taska Nur Islam Kiddo Garden.

Program ini dirasmikan oleh YB Datin Hajah Azizah Binti Ismail, Pengerusi Cawangan Kecil Puspanita Jabatan Pendidikan Politeknik.

 Nyanyian Lagu Tanggal 31

 Ucapan perasmian oleh YB Datin Hajah Azizah Binti Ismail
 Slot Kebersihan & Sanitasi Diri oleh wakil dari FP Avante Sdn Bhd (Libresse), Cik Suhaida Binti Othman

 Ceramah Kesedaran Kesihatan Wanita oleh Puan Maizatul Akma Binti Masaod, Penolong Peg. Kesihatan Persekitaran Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Hospital Pekan

Persembahan Deklamasi Sajak Oleh Saudara Naim, Siswa Politeknik Muadzam Shah
Learn more »

ADUAN MENGENAI RUANG SOLAT MUSLIMAT DI PUSAT ISLAM POLITEKNIK MUADZAM SHAH

Pada Mac 2015 semasa Suara Siswa diadakan, beberapa aduan telah disuarakan oleh pelajar perempuan berkenaan Ruang Solat Muslimat di Pusat Islam. (rujuk http://mpppms.blogspot.my/2015/07/suara-siswa.html )

1) Langsir di bahagian muslimat jarang
2) Langsir di ruang wudhuk muslimat terlalu uzur
3) Telekung yang disediakan sedikit
4) Ruang solat muslimat di bahagian bawah sempit

Exco Kerohanian & Moral Majlis Perwakilan Pelajar menjelaskan bahawa perkara ini telah dibawa ke pihak Jawatankuasa Pusat Islam, akan tetapi terdapat kekangan dan masalah yang timbul dari segi pengurusan dan peruntukan.

Rayuan demi rayuan dilakukan, akhirnya pada Ogos 2015 pihak Jawatankuasa Pusat Islam telah menukar langsir di Bahagian Wudhuk dan Ruang Solat Muslimat dengan yang lebih tebal. Pihak Jawatankuasa Pusat Islam juga telah memperluaskan Ruang Solat Muslimat di bahagian bawah serta menambah bilangan telekung di Pusat Islam. Pihak Jawatankuasa Pusat Islam juga mengalu-alukan sumbangan wakaf telekung, sejadah mahupun al-Quran di Pusat Islam sebagai saham akhirat kelak.

"SUARA HATI ANDA MATA PENA KAMI"
Learn more »

TAHNIAH! POLITEKNIK MUADZAM SHAH JUARA PiPPo 2015

Politeknik Muadzam Shah, Pahang muncul juara Pertandingan Inovasi Proton Politeknik (PIPPo) 2015 dalam mereka bentuk semula kereta Proton sempena Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia (HEWM) yang julung kali diadakan.
Kumpulan pelajar politeknik itu menerima sebuah trofi dan replika cek bernilai RM19,000 bagi mereka bentuk kereta Proton yang dikenali sebagai Proton Telson.
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga menerima trofi dan replika cek bernilai RM9,000 dan RM6,000 dalam mereka bentuk Saga Dyna dan Proton Taring.
Kesemua hadiah itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.
Terdahulu, dalam ucapannya, Kain Ching berkata, pertandingan itu dianjurkan bagi menyerlahkan daya kreativiti, inovasi dan kemahiran teknikal pelajar dan pensyarah dalam bidang reka bentuk dan kejuruteraan automatif.
“Pasukan yang bertanding ini perlu mengaplikasikan ilmu yang diperoleh di dalam bilik kuliah kepada projek sebenar dengan pendedahan amalan kerja sebenar dalam industri ini.
“Di kesempatan ini, saya bagi pihak kementerian, merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Proton kerana menyumbangkan 12 biji kereta pelbagai model untuk pertandingan ini,” katanya pada majlis penutup Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/politeknik-muadzam-shah-juara-pippo-2015-1.125158#sthash.JJKkoPBX.dpuf

PUTRAJAYA, 16 Ogos - Politeknik Muadzam Shah, Pahang muncul juara Pertandingan Inovasi Proton Politeknik (PIPPo) 2015 dalam mereka bentuk semula kereta Proton sempena Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia (HEWM) yang julung kali diadakan.

PMS yang pada asalnya tidaklah meletakkan harapan menggunung bagi meraih ranking utama dalam pertandingan itu memandangkan kebanyakan polteknik yang terlibat merupakan politeknik elit yang lebih gah dalam penghasilan reka cipta berinovasi. 

Namun, lain jadinya dalam pertandingan kali ini. Hal itu kerana tanpa disedari oleh banyak pihak, gabungan tenaga akademik dan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS khasnya dalam program Rekabentuk Pembuatan Automotif. telah menghantar satu rekabentuk yang berimpak tinggi sekaligus menenggelamkan wibawa inovasi politeknik yang lain. 

Menurut Norhayaati Abdullah selaku Ketua Program Rekabentuk Pembuatan Automotif, Rekabentuk berinovasi yang dihasilkan oleh PMS lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi yang mudah namun kreatif. ‘Misalnya kami menghasilkan side mirror menggunakan kamera. Selain itu, kami juga menggunakan tiga seater, aerodinamik sirip tepi. Rekaan itu adalah berkonsepkan rupa bentuk serangga kala jengking,’ beritahu Norhayaati lagi. 

Tambah beliau, ‘Pemilihan warna merah yang garang tetapi masih mengekalkan ciri-ciri proton. Alhamdulillah syukur kerana ciptaan pasukan kami berjaya menambatkan hati panel juri dan dengan kejayaan menjuarai PIPPo ini sekaligus menambahkan lagi keyakinan bahawa pelajar PMS mampu untuk mengetengahkan rekacipta dan rupabentuk inovasi yang unggul. 

Sementara itu, Pengarah PMS, Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah antara orang yang paling gembira dengan kejayaan pasukan PMS dalam PIPPO kali ini. Katanya, ‘Kejayaan ini sekaligus membukti yang pelajar kami adalah antara pelajar politeknik yang berketerampilan tinggi dalam menghasilkan inovasi. Bukan mudah untuk memikat perhatian juri yang begitu teliti. Tahniah kepada semua pelajar dan tenaga akademik yang membimbing atas kejayaan yang penuh cemerlang ini dan diharapkan momentum kejayaan ini dapat dikekalkan, malah dipertingkat.’

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS, Mohd Fuaad Bin Fesul pula memberitahu bahawa kejayaan PMS ini menunjukkan tiada yang mustahil untuk berjaya. ‘Segalanya terletak atas kesungguhan dan hakikat itu telah pasukan kami buktikan. Ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM)(Pendidikan Tinggi), Alhamdulillah.’ 

Pasukan PMS yang muncul juara itu membawa pulang  piala pusingan, dan wang tunai RM19,000.

 Proton Telson-S

 Keratan Akhbar

Link: