SUARA SISWA
Tarikh :
11 Mac 2015
Tempat :
Dewan Kuliah Utama
Anjuran :
Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Muadzam Shah
...
BIL.
|
ISU-ISU
BERBANGKIT
|
PERINCIAN
ISU BERBANGKIT
|
1)
|
Pemakaian Pelajar Untuk Keluar
Bandar / Balik Kampung
|
SOALAN
1)
Mengapakah pelajar siswi dikehendaki berbaju kurung
untuk keluar ke bandar?
2)
Mengapakah pakaian muslimah dilarang?
3)
Pelajar menyatakan bahawa:-
-
Siswi yang berpakaian muslimah dan sopan disaman
-
Siswi yang berpakaian kurang sopan sehingga menampakkan
susuk badan tidak disaman
JAWAPAN
1)
Pihak pengurusan telah membenarkan pemakaian baju
muslimah tetapi pelajar melanggar peraturan yang ditetapkan. Kelonggaran
memakai pakaian muslimah telah ditarik balik.
2)
Untuk membendung masalah ini secara umum, pelajar
hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan berpakaian sopan serta mengikut
etika pemakaian yang telah ditetapkan.
|
2)
|
Yuran Pengajian
|
SOALAN
1)
Mengapakah bayaran yuran naik secara mendadak?
-
Selepas yuran naik, penapis air tidak diservis.
-
Kipas tidak dibaiki.
-
Pintu yang rosak tidak dibaiki / ditukar ganti.
JAWAPAN
1)
Yuran pengajian ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
2)
Penapis air bukan dibawah seliaan pihak asrama tetapi
dibawah pihak luar.
3)
Untuk masalah kipas dan pintu yang rosak, proses baik
pulih bergantung kepada stok.
4)
Sekiranya kerosakan yang berlaku merupakan kerosakan
major, proses baik pulih memakan masa yang agak lama.
|
3)
|
Pensyarah
|
SOALAN
1)
Mengapakah kenderaan pensyarah bising pada jam 7.00 pagi?
2)
Mengapakah pensyarah boleh memakai seluar jeans?
JAWAPAN
1)
Bunyi kenderaan bising bukan sahaja daripada pensyarah,
malah dari pekerja kafe dan staf.
2)
Perkara ini sudah ditegur oleh Pengarah dan Timbalan
Pengarah (Akademik), tetapi ia merupakan masalah individu itu sendiri.
|
4)
|
Staf / Juruteknik Lelaki Masuk
Ke Blok Perempuan Tanpa Membuat Pengumuman Terlebih Dahulu
|
SOALAN
1)
Adakah Pengawal Keselamatan mengiringi juruteknik
ketika proses penyelenggaraan di kamsis perempuan?
2)
Cadangan agar pengumuman dibuat sebelum juruteknik
masuk ke blok perempuan.
JAWAPAN
1)
Pengumuman akan dibuat setiap kali juruteknik PMS masuk
ke blok perempuan. Kehadiran juruteknik luar tidak dijangka.
2)
Pihak MPP telah memberi cadangan kepada pihak asrama
dan felo dimana juruteknik hendaklah meniup wisel ketika masuk ke blok
perempuan sebagai tanda terdapat staf / juruteknik lelaki diluar. Cadangan
ini masih dalam pertimbangan.
3)
Pelajar diminta berhati-hati sekiranya mendengar suara
lelaki kerana pada kebiasaannya juruteknik akan menguatkan suara dan membuat
bising sebagai tanda terdapat juruteknik/staf disitu.
|
5)
|
Pengawal Keselamatan
|
SOALAN
1)
Aduan mengenai Pengawal Keselamatan tidur di dalam
surau.
2)
Pengawal Keselamatan lelaki masuk ke blok perempuan
tanpa sebarang tujuan dan urusan.
JAWAPAN
Perkara ini telah ditegur ketika Diskusi Bersama Felo Dan
Pengawal Keselamatan pada 5 Mac yang lepas.
|
6)
|
Mesin ATM
|
SOALAN
Adakah proses mewujudkan kemudahan mesin ATM tergendala?
JAWAPAN
Kemudahan mesin ATM masih dalam proses. PMS hendaklah
mencukupkan kuota pelajar terlebih dahulu. Proses ini memakan masa yang agak
lama.
|
7)
|
Pusat Islam
|
SOALAN
1)
Aduan mengenai langsir di bahagian muslimat jarang.
2)
Telekung yang disediakan untuk kemudahan jemaah muslimat
sedikit.
3)
Langsir di tempat wudhuk muslimat sudah terlalu uzur
dan koyak.
JAWAPAN
1)
Langsir di bahagian muslimat telah diusulkan kepada
pihak jawatankuasa Pusat Islam untuk ditukar tetapi tiada pensyarah yang
dapat uruskan perkara tersebut.
2)
Exco Kerohanian & Moral mengalu-alukan pelajar
mewakafkan telekung di Pusat Islam sebagai saham di akhirat kelak.
3)
Masalah tempat wudhuk muslimat telah diusulkan kepada
pihak berkenaan. Exco Kerohanian & Moral mencadangkan pihak berkenaan mendirikan
dinding untuk menjaga batas-batas aurat muslimat agar tidak terdedah ketika
mengambil wudhuk. Cadangan ini masih dalam pertimbangan kerana memerlukan peruntukan
yang besar.
|
8)
|
Pembesar Suara Azan
|
Masalah ini masih dalam proses penambahbaikan kerana
ini merupakan masalah major yang memerlukan masa yang lama dan peruntukan
yang besar.
|
9)
|
Blok 5 Lelaki
|
SOALAN
Aduan mengenai pelajar siswa blok 5 mengilai secara
tiba-tiba tanpa asbab.
JAWAPAN
Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Pelajar
Kolej Kediaman akan menegur mereka.
|
10)
|
Kafetaria
|
Pengasingan tempat duduk antara pelajar lelaki dan
perempuan telah dikuatkuasakan. Tapi tiada tindakan susulan keatas pelajar
yang melanggar peraturan tersebut. Perkara ini telah dibangkitkan sewaktu
Diskusi Bersama Felo & Pengawal Keselamatan dimana pihak MPP meminta agar
pihak Felo membuat pantauan secara berkala di kafetaria.
|
11)
|
Kempen “Ops Buat Apa Tu”
|
Kempen “Ops Buat Apa Tu” dijalankan oleh pihak MPP,
JPKK dan RAPI dan pihak kami sentiasa membuat rondaan dan pantauan di kawasan-kawasan
yang telah ditetapkan.
|
12)
|
Lampu Di Sepanjang Laluan
|
Perkara ini telah diusulkan semasa Diskusi Bersama Felo
dan Pengawal Keselamatan. Tuan Haji Nor Rahim, Timbalan Pengarah (Akademik)
yang juga merupakan Felo PMS telah membawa perkara ini kepada pihak berkenaan
supaya lampu disepanjang laluan dihidupkan.
|
13)
|
Manifesto yang telah dilaksanakan
|
1)
Waktu Pengambilan Barang Pos telah dipanjangkan pada
hari Selasa dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Manakala pada hari-hari yang
lain tetap dari jam 3.00 hingga 4.30 petang. Perkara ini telah berkuatkuasa
pada 3 Mac 2015.
2)
Waktu penggunaan gelanggang futsal pada waktu malam
setiap hari Jumaat dan Sabtu. Usul ini telah diluluskan dan berkuatkuasa pada
5 Mac 2015.
3)
Pihak MPP juga telah membawa dan mengusulkan banyak
perkara kepada pihak yang berkenaan dan usul-usul berkenaan masih dalam
pertimbangan.
|
0 comments:
Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)