DISKUSI BERSAMA FELO & PENGAWAL KESELAMATAN

 
Tarikh:
 5 Mac  2015 (Khamis)

Masa:
  9.00 malam

Tempat:
  Dewan Kuliah Utama 
...

Pada hari Khamis bersamaan 5 Mac 2015, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan perjumpaan bersama Felo Kolej Kediaman Dan Pengawal Keselamatan yang bertempat di Dewan Kuliah Utama Politeknik Muadzam Shah (PMS). Perjumpaan ini adalah salah satu platform untuk MPP menjalinkan hubungan yang baik dengan Felo Kolej Kediaman Dan Pengawal Keselamatan di politeknik ini serta menjadi perantaraan untuk menyelesaikan masalah diantara pelajar politeknik dan pihak pengurusan felo dan pengawal keselamatan.

 




....

Bil.
Agenda
Tindakan
1.0    
Aluan Pengerusi
1.1   Perjumpaan dipengerusikan oleh Khairul Hafiz Bin Kalim dengan memulakan salam dan bacaan Ummul Kitab untuk memberkati perjumpaan.
1.2   Pengerusi mengalu-alukan kehadiran barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Felo, Pengawal Keselamatan dan juga Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) dan menjelaskan  agenda perjumpaan.
1.3   Pegerusi memperkenalkan barisan pimpinan MPP sesi 2015 kepada Felo dan Pengawal Keselamatan.

2.0    
Ucapan Daripada Ketua Felo, Encik Mohd Faizal Bin Ngaimon
2.1   Beliau berharap perbincangan ini dapat memberi sedikit output dengan memberitahu tugas Felo di kamsis.
2.2   Ketua Felo menyatakan Felo dianggap seperti mewakili ibu bapa pelajar di kamsis dengan memantau disiplin dan menjaga kebajikan walaupun Felo juga mempunyai tanggungjawab yang lebih penting.
2.3   Fungsi MPP, JPKK, RAPI dan PRS adalah sebagai ``abang long & kak long’’  dan  ditekankan untuk menyampaikan dakwah.
2.4   Ketua Felo berharap supaya MPP, JPKK, RAPI dan PRS sama-sama berkongsi masalah dan saling tegur menegur antara satu sama lain terutamanya berkenaan dengan isu disiplin baru-baru ini iaitu kes dadah.
2.5   MPP, JPKK, RAPI dan PRS perlu salurkan maklumat penting kepada Felo dengan segera.
MPP, JPKK, RAPI & PRS
3.0    
Pantauan Secara Berkala Di Kafetaria
3.1   Pengerusi mengusulkan supaya Felo membuat pantauan secara berkala di kafetaria bagi membanteras masalah sosial seperti couple.
3.2   Ketua Felo berharap RAPI mewujudkan badan dakwah untuk membantu masalah ini.
3.3   Encik Faizal juga memaklumkan kedudukan makan di kafe antara lelaki dan perempuan, dalam satu meja tidak boleh duduk bersebelahan dan berhadapan antara satu sama lain.
3.4   Ketua Felo memaklumkan laluan susur bersebelahan blok perempuan menuju ke Poly Biz Mall adalah kawasan larangan bagi pelajar lelaki. Felo mencadangkan supaya notis penguatkuasaan ditampal. Saman akan dikenakan kepada pelajar lelaki yang melanggar peraturan ini.
3.5   Felo juga menyatakan laluan susur bersebelahan blok perempuan sukar untuk dipantau kerana laluan tersebut  adalah terbuka dan dikongsi oleh semua ke Poly Biz Mall. Felo menetapkan zon waktu bagi laluan pelajar lelaki di situ adalah dari jam 7.00 malam sehingga 7.00 pagi sahaja.
Makluman
4.0    
Jadual Bertugas Felo
4.1   Felo memaklumkan Jadual Bertugas Felo tidak ditampal di setiap blok kamsis kerana pelajar akan menanggalkannya. Jadual bertugas hanya ditampal di Pejabat Felo.
4.2   Felo meminta supaya jadual ini di viralkan kepada semua melalui media sosial.


Makluman

MPP & JPKK
5.0    
Kes Histeria
5.1   Tuan Haji Nor Rahim menjelaskan tidak semua Felo mahir dalam mengatasi masalah berkaitan kes histeria.
5.2   Tuan Haji Nor Rahim mencadangkan supaya Air Bacaan Yassin & ayat-ayat suci disediakan di setiap blok kamsis. Air tersebut akan digunakan untuk merawat pelajar histeria sementara menunggu bantuan Felo tiba.
MPP & JPKK
6.0    
Rollcall Tidak Dijalankan Pada Sesi Disember 2014
6.1   Ketua Felo memaklumkan jika dilihat pada Takwim Program Felo, Felo mengalami kekangan untuk menghimpunkan sekaligus pelajar lelaki dan perempuan.
6.2   Ketua Felo juga memaklumkan rollcoll perlu dirancang sebaik mungkin. Program ini berkemungkinan akan diadakan secara berasingan bagi lelaki dan perempuan.
Makluman
7.0    
Pemilihan Jawatankuasa JPKK Lambat Dijalankan
7.1   Felo menjelaskan pemilihan jawatankuasa JPKK lambat dijalankan kerana tiadanya rollcall. Felo memerlukan bantuan MPP untuk mendapatkan kerjasama daripada semua pelajar dalam program ini.
7.2   Felo mencadangkan supaya mengadakan perjumpaaan di setiap aras dan melantik Ketua Aras. Pemilihan dibuat tanpa mengadakan rollcall.
MPP & JPKK
8.0    
Kes Kecuriaan Di Kamsis
8.1   Felo menjelaskan kecurian akan berlaku apabila mangsa itu sendiri cuai dengan meninggalkan bilik tanpa mengunci pintu dan kecurian ini juga akan berlaku apabila ada majlis atau program yang melibatkan semua pelajar.
Makluman

9.0    
Masalah Gangguan Seksual Oleh Pengawal Keselamatan
9.1   Felo menjawab bagi pihak Pengawal Keselamatan bahawasanya masalah ini datang daripada pelajar perempuan itu sendiri yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan berhias bagi menarik perhatian orang lain.
10.0
Masalah Kehilangan Kad Matrik Di Pondok Pengawal
10.1            Felo menjelaskan kad kamsis yang sepatutnya ditinggalkan di Pondok Pengawal bukan kad matrik.
11.0
Penutup
11.1            Majlis ditamatkan pada jam 11.00 malam dan disudahi dengan membaca Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)