KEBENARAN PENGGUNAAN GELANGGANG FUTSAL PADA WAKTU MALAM SETIAP HARI JUMAAT DAN SABTU


Untuk makluman, sebelum ini pelajar dilarang menggunakan Gelanggang Futsal pada waktu malam atas sebab-sebab disiplin seperti melanggar waktu masuk ke kamsis, membuat bising di kawasan kediaman staf serta masalah sosial seperti dating.

Beberapa aduan dan cadangan diutarakan meminta pihak Majlis Perwakilan Pelajar mengetengahkan usul penggunaan gelanggang futsal pada waktu malam.

Adalah dimaklumkan bahawa Exco Sukan & Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar telah memohon kebenaran dari pihak pengurusan bagi tujuan penggunaan Gelanggang Futsal pada waktu malam. Oleh demikian, para pelajar dibenarkan untuk menggunakannya seperti ketetapan berikut:-

Jumaat & Sabtu : 9.00 malam hingga 11.00 malam

Walau bagaimanapun, pelajar adalah tertakluk dibawah peraturan yang berkuatkuasa. Sekiranya terdapat pelanggaran disiplin, tindakan akan diambil dan kebenaran ini akan dikaji semula.


"SUARA HATI ANDA MATA PENA KAMI"



Akmal Izzat Bin Anuar
Exco Sukan & Rekreasi
Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Muadzam Shah

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)