LAWATAN JEJAK USAHAWAN & KHIDMAT MASYARAKAT

 
Tarikh :
01 Mac 2015 

Tempat :
Felda Selancar, Muadzam Shah

Anjuran :
Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Muadzam Shah 

Dengan kerjasama :
Unit Keusahawanan
Politeknik Muadzam Shah
.....


Program Lawatan Jejak Usahawan & Khidmat Masyarakat telah dijalankan pada 01 Mac 2015. Program ini merupakan anjuran Exco Keusahawanan & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama Exco Sukarelawan dan Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah. Selain penglibatan pihak politeknik, program ini turut dijayakan dengan kerjasama dari Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Felda Selancar dan juga penduduk Felda Selancar.

Seramai 39 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam lawatan ini dengan diiringi oleh seorang pensyarah. Pelajar telah mula berkumpul pada jam 8.00 pagi dan setelah selesai minum pagi, kami memulakan perjalanan kami ke Felda Selancar pada jam 8.30 pagi.

Program kami dimulakan dengan lawatan ke dua buah kilang kerepek iaitu Perusahaan Siti BB Enterprise dan SMG Trading. Pelajar telah dipecahkan kepada dua kumpulan kerana faktor kesesuaian kapasiti yang mampu ditampung oleh kedua-dua kilang tidak terlalu besar. Lawatan selama 3 jam ini telah memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempelajari cara memproses Kerepek Bawang dan juga Kuih Batang Buruk. Selain itu, perkongsian pengalaman yang diberikan oleh pemilik kedua-dua kilang tersebut telah banyak memberi gambaran kepada pelajar mengenai realiti sebenar untuk mejadi seorang usahawan.

Seterusnya, lawatan kami diteruskan dengan sesi gotong-royong di Tabika Kemas Felda Selancar 4 setelah selesai makan tengahari dan juga solat zuhur. Sesi gotong-royong yang mengambil masa kira-kira 2 jam ini telah dijalankan oleh semua pelajar politeknik yang terlibat, kakitangan Tabika Kemas dan juga penduduk setempat. Pelajar juga telah mengambil peluang untuk beramah mesra bersama penduduk setempat dan kami terus solat asar berjemaah dan minum petang di Tabika tersebut.

     Aktiviti terakhir kami adalah lawatan ke Kandang Kambing milik pengerusi Sahabat AIM Felda Selancar. Setelah hampir 30 minit berada di kandang tersebut, kami semua telah bersiap dan berangkat pulang ke Politeknik Muadzam Shah lebih kurang pada jam 6.15 petang

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)