DISKUSI DUA HALA BERSAMA UNIT ASRAMA


Tarikh:
3 Mac  2015 (Selasa)

Masa:
3.00 petang

Tempat:
Bilik Mesyuarat, Pejabat Felo

...


Minit
Agenda
Tindakan
1.0    

Aluan Pengerusi

1.1   Mesyuarat dipengerusikan oleh Khairul Hafiz Bin Kalim dengan memulakan salam dan bacaan Ummul Kitab untuk memberkati mesyuarat.
1.2   Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan menjelaskan agenda mesyuarat.

2.0    
Cadangan Memanjangkan Waktu Pengambilan Barang Pos

2.1   Yang Di-Pertua MPP, Khairul Hafiz mencadangkan agar waktu pengambilan barang pos dipanjangkan atas sebab ramai pelajar mempunyai kelas pada waktu yang telah ditetapkan oleh pihak asrama.
2.2   Pengurus Asrama, Pn. Muanisah menjelaskan situasi di Pejabat Penyelia dimana hanya 2 orang staf sahaja yang menguruskan barangan pos dan seorang penyelia ditugaskan menjaga pejabat untuk hal-hal kecemasan.
2.3   Pn. Muanisah menjelaskan bahawa penyelia perlu mengagihkan masa dengan mementingkan kerja hakiki mereka.
2.4   Pn. Muanisah memaklumkan masa pengambilan barang pos pada hari Selasa dipanjangkan dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Manakala pada hari-hari yang lain tetap dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.
2.5   Exco Kolej Kediaman mencadangkan supaya JPKK membantu pihak asrama mengagihkan barangan pos pada hari Selasa.
MaklumanMakluman
3.0    
Aduan Mengenai Kelewatan Bertindak Dan Mengambil Tindakan

3.1   Pn. Muanisah menjelaskan bahawa kerosakan di kamsis terbahagi kepada dua iaitu kerosakan major dan minor. Bagi kerosakan major seperti tangki pecah dan tandas tersumbat, proses baik pulih memerlukan prosedur yang panjang dan peruntukan yang besar kerana perlu memanggil kontraktor luar.
3.2   Pn. Muanisah meminta semua pelajar perempuan supaya membuang tuala wanita ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
3.3   Pn. Muanisah mengingatkan kepada semua pelajar untuk tidak membuang sampah ke tempat yang tidak sepatutnya seperti mangkuk tandas dan lubang saluran air.
3.4   Pn. Muanisah menjelaskan bagi kerosakan minor seperti mentol lampu terbakar, proses baik pulih bergantung kepada stok.
MaklumanMakluman
4.0    
Aduan Mengenai Masalah Kerosakan Pembesar Suara
4.1   Pengerusi memaklumkan bahawa pembesar suara di beberapa blok mengalami kerosakan dan menyebabkan proses penyampaian maklumat terganggu.
4.2   Pn. Muanisah menjelaskan bahawa perkara ini atas kecuaian sesetengah pihak yang tidak menutup suis pembesar suara selepas menggunakannya. Hal ini menyebabkan beberapa komponen dalaman terbakar.
4.3   Pn. Muanisah memaklumkan bahawa pihak penyelenggaraan sedang membaiki masalah ini.
5.0    
Aduan Mengenai Juruteknik Lelaki Masuk ke Blok Perempuan Tanpa Membuat Pengumuman Terlebih Dahulu
5.1   Pn. Muanisah meminta setiap pelajar perempuan sentiasa berpakaian sopan apabila keluar dari bilik. Ini kerana kehadiran Juruteknik tidak dijangka .
5.2   Pn. Muanisah memaklumkan bahawa memo supaya penghuni kamsis perempuan sentiasa berpakaian sopan telah lama dikeluarkan dan ditampal disetiap blok.
5.3   Satu cadangan telah disuarakan oleh pihak MPP iaitu Juruteknik dikehendaki meniup wisel setiap kali memasuki blok perempuan sebagai tanda terdapat staf, felo atau pelajar lelaki akan masuk ke blok tersebut. Cadangan ini masih dalam pertimbangan.
6.0    
Papan Kenyataan Di Setiap Blok
6.1   Pengerusi mencadangkan agar papan kenyataan yang uzur di setiap blok  ditukar kepada papan kenyataan berkaca.
6.2   Pn. Muanisah menjelaskan peruntukan bagi papan kenyataan berkaca sangat tinggi dan memerlukan kelulusan dari pihak kementerian. Oleh yang demikian, pihak asrama akan menukar papan kenyataan di setiap blok dengan jenis yang sama.
7.0    
Hal-hal Lain
7.1   Isu mengenai penapis air yang tidak diservis bukan dibawah seliaan pihak asrama, akan tetapi isu ini akan dibawa dan disuarakan kepada pihak yang berkenaan.
7.2   Aduan mengenai laluan bersebelahan kamsis perempuan gelap. Pn. Muanisah menjelaskan bahawa perkara ini dibawah Unit Pembangunan dan sedang dalam proses baik pulih.
7.3   Pn. Muanisah meminta kerjasama dari pihak MPP dan JPKK untuk mengadakan gotong-royong membersih dan menceriakan Bilik Rekreasi.
7.4   Pn. Muanisah meminta JPKK membuat satu organisasi bagi setiap blok dengan memilih ketua aras dan person in charge bagi setiap bilik gunasama seperti Bilik Bacaan, Bilik Rekreasi dan surau.
7.5   Pengurus Asrama meminta agar semua penghuni kamsis memahami peranan dan tugas Felo dan Penyelia Asrama kerana tugas mereka adalah berbeza.
7.6   Pn. Junainah meminta agar pelajar menceburkan diri dalam perniagaan dengan membuka kiosk di Poly Biz Mall.
7.7    Pn. Muanisah memaklumkan satu program akan berlangsung dalam masa terdekat yang membincangkan mengenai akhlak, adab, pergaulan dan kesedaran.
8.0    
Penutup

8.1   Mesyuarat ditamatkan pada jam 5.30 petang dan disudahi dengan Tasbih kifarah dan Surah al-Asr.

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)