EARTH HOUR POLITEKNIK MUADZAM SHAH 2015


Jawatankuasa Teknologi Hijau PMS akan menganjurkan Program ‘EARTH HOUR’ PMS 2015 selari dengan misi Jabatan Pengajian Politeknik dalam melaksanakan POLYGreen seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Mac 2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam – 10.00 malam (1 jam)
Tempat : Tempat letak kenderaan, Dewan Besar, PMS

⇨TENTATIF PROGRAM

✔ 8.30 - 8.45 mlm - Pelajar berkumpul di tempat letak kenderaan, Dewan Besar, PMS
✔ 8.45 - 8.55 mlm - Ketibaan Pengarah dan Ahli Mesyuarat Pengurusan PMS
✔ 9.00 - 9.10 mlm - Pelancaran Program ‘Earth Hour’ PMS 2015
✔ 9.10 – 9.30 mlm - Ucapan Pengarah PMS
✔ 9.30 – 9.45 mlm - Taklimat daripada Ketua Felo Berkaitan “Kamsis Hijau”
✔ 9.45 – 10.00 mlm - Sesi bergambar
✔ 10.00 – 10.10 mlm - Penutupan Program 'Earth Hour’ PMS 2015
✔ 10.15 mlm - Bersurai

⇨KAEDAH PELAKSANAAN

1. Penghuni Kuarters
- Penghuni Kuarters dikehendaki menutup lampu selama 1 jam bermula dari jam 9.00 - 10.00 malam pada 28 Mac 2015 (Sabtu) untuk menyokong Program ‘Earth Hour’ Politeknik Malaysia.

2. Penghuni Kamsis
- Penghuni Kamsis dikehendaki turun dan berkumpul di tempat letak kereta bersebelahan Dewan Besar Politeknik Muadzam Shah pada tepat jam 8.45 malam 28 Mac 2015.
- Penghuni Kamsis perlu memastikan semua suis lampu, kipas dan segala peralatan elektrik dimatikan (switch off).

3. Pengusaha Kantin / Kafe
- Pengusaha Kantin / Kafe dikehendaki menutup lampu di ruang makan selama 1 jam bermula dari jam 9.00 – 10.00 malam pada 28 Mac 2015 (Sabtu) untuk menyokong Program ‘Earth Hour’ Politeknik Malaysia.

‪#‎MPP‬
‪#‎Sebarkan‬

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)