Mengenai MPP
MPP diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif atau Pengarah. Hanya MPP yang terpilih sahaja mendapat pengiktirafan pengurusan apabila mereka mendapat Watikah Perlantikan berbanding pengerusi kelab dan persatuan. Selain itu perihal MPP juga terkandung di dalam Jadual III (Seksyen 7, 8, 22 dan 23), Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976. Objektif penubuhannya ialah untuk melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pelajar disamping sebagai saluran maklumat berkaitan dengan kebajikan kepada pihak pengurusan.
Penubuhan MPP berasaskan kepada peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976 di dalam Seksyen 7 yang menyatakan “Sesuatu Institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi Jawatankuasa itu dengan syarat bahawa Menteri boleh, menurut budibicara mutlaknya, membuat, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, apa-apa ubahsuaian, penyesuaian, tambahan, potongan atau pindaan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan bermenafaat kepadanya dalam pemakaiannya bagi mana-mana Institusi atau klas atau perihal Institusi tertentu”
TEMPOH PERKHIDMATAN DAN PEMBUBARAN
MPP mempunyai tempoh selama satu tahun perkhidmatan. Walau bagaimanapun Pengarah (Pegawai Hal Ehwal Pelajar) boleh membubarkan MPP atau mana-mana kelab dan persatuan mengikut hak dan kuasa yang ada padanya. Ini terkandung di dalam Seksyen 9 Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976 menyatakan :
(1) Menteri atau Ketua Eksekutif boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi apa-apa sebab, menggantung atau membubarkan MPP atau mana-mana badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 8, dan memberi apa-apa arahan yang berbangkit atau mengambil apa-apa langkah berbangkit sebagaimana yang perlu atau bermenafaat untuk menguatkuasakan penggantungan atau pembubaran itu.
(2) Penggantungan atau pembubaran MPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 hendaklah berkuatkuasa dengan serta-merta selepas sahaja dibuat keputusan untuk menggantung atau membubarnya.
(3) Penggantungan atau pembubaran MPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 adalah muktamad dan tiada mahkamah mempunyai apa-apa bidangkuasa untuk melayani apa-apa langkah perbicaraan terhadap penggantungan atau pembubaran itu.
ORGANISASI
Hanya MPP sahaja yang dibenarkan menggunakan perjawatan Yang di-Pertua dan Naib Yang di-Pertua serta Exco. Manakala kelab dan persatuan dinasihatkan menggunakan perjawatan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Biro.
Pembentukan organisasi amat penting bagi menggambarkan perjalanan MPP yang jelas tetapi ianya bergantung kepada politeknik masing-masing.
Thnx 4 info.. amat membantu
ReplyDelete