Tujuan MPP Ditubuhkan



Seksyen 7 Bahagian lll, Akta Institusi - institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Akta 174 memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Majlis Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.

Tujuan Penubuhan :
1. Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.
2. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan disamping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada di Politeknik.
3. Merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pelajar.
4. Menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
5. Menjadi pengantara pelajar dengan pihak pengurusan.
6. Membantu pihak berkuasa Politeknik memelihara disiplin Pelajar.

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)