#SehatiSejiwa: MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-58


Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 2015 bertempat di Auditorium JRKV. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia En.Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah, Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ketua-ketua Jabatan, Ketua Unit, Staf dan mahasiswa/i Politeknik Muadzam Shah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian & Moral Majlis Perwakilan Pelajar dan diikuti dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, saudara Khairul Hafiz Bin Kalim. Seterusnya, majlis diteruskan dengan Ucapan Kemerdekaan oleh En. Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah, Pengarah Politeknik Muadzam Shah seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-58 dengan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai gimik pelancaran.

Tayangan Multimedia berkenaan aktiviti yang dianjurkan sepanjang Bulan Kemerdekaan Ke-58 serta Kronologi Kemerdekaan telah dipersembahkan sebagai santapan mata para tetamu. Majlis diteruskan dengan Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah kepada Ketua-ketua Jabatan. Setelah itu, majlis disambung dengan nyanyian lagu Tanggal 31 dan Sehati Sejiwa, lagu tema bagi Hari Kemerdekaan Ke-58.

Laungan “MERDEKA” telah dilaungkan oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar sebanyak 3 kali dan disambut oleh para tetamu. Dengan berakhirnya laungan itu menandakan majlis telah sampai ke penghujungnya. Sebelum majlis bersurai, satu sesi bergambar telah diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.


Ketibaan Pengarah, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan Ketua-ketua Jabatan diiringi Wataniah Politeknik Muadzam Shah



 Ucapan Kemerdekaan oleh Pengarah PMS seterusnya merasmikan majlis dengan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbolik perasmian

 Tayangan Multimedia


 Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua-ketua Jabatan

 Nyanyian lagu Tanggal 31 dan Sehati Sejiwa

 Laungan "MERDEKA" yang dipimpin oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar

 Sesi Bergambar

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)