#SehatiSejiwa : PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-58


Terma & Syarat


Objektif
Pertandingan Fotografi adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan. Dengan ini, pelajar Politeknik Muadzam Shah boleh bergiat aktif dalams ebarang aktiviti yang dijalankan di PMS ini. Selain itu, mencungkil bakat pelajar dalams eni lukisan.Tambahan pula pelajar dapat menghayati kehangatan kemerdekaan yang dicapai oleh Negara Malaysia .

Peraturan umum
Peserta perlu mengikut terma dan syarat pertandingan sepanjang masa pertandingan dan tidak boleh melanggarinya sehingga tamat pertandingan.Tindakan akan diambil jika peserta melanggar sebarang terma dan syarat.

Tempoh masa pertandingan
Pertandingan fotografi bermula dari 16 hingga 24 Ogos 2015.

Terma&syarat 
1) Terbuka kepada semua mahasiswa/i Politeknik Muadzam Shah.
2) Gambar mestilah terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan cetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
3) Tiada sebarang sentuhan digital menggunakan perisian computer yang dibenarkan.
4) Peserta dikehendaki mengambil gambar bersertakan tajuk / kapsyen / penerangan yang terbaik untuk gambar
5) Gambar yang tiada tajuk / kapsyen / penerangan akan ditolak markah. (tidak melebihi 10 patah perkataan)
6) Tajuk / kapsyen / penerangan mengenai gambar boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
7) Gambar perlu dihasilkan secara cetakan tunggal (single print) sahaja.
8) Peserta perlu menghantar sebanyak 1 keping gambar yang menyokong Tema Kemerdekaan ke-58 #sehatisejiwa. 
9) Peserta perlu menhantar hasil karya dalam sampul surat sekalikan dengan borang peryertaan serta tuliskan di atas sampul surat:- 

Nama:
No matrik:
No kad pengenalan:
No telefon:
Jabatan:
Pertandingan Fotografi Kemerdekaan Ke-58 

10)  Anda boleh menghantar penyertaan kepada:-

- Hantar di Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar (bawah Pejabat HEP)
- Hantar pada ahli Majlis Perwakilan Pelajar 

11) Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang hasil karya peserta untuk tujuan publisiti dan promosi.
12) Anda boleh dapatkan borang penyertaan di jabatan masing-masing, Bilik Gerakan MPP atau memuat turun borang penyertaan disini (klik)

Criteria permarkahan juri
1.    Kreativiti - 30%
2.    Tema - 20%
3.    Percahayaan - 10%
4.    Kejelasan gambar - 10%
5.    Aplikasi teknik fotografi terbaik - 15%
6.    Tajuk / kapsyen / penerangan yang menggunakan bahasa yang menarik - 15%

Hasil karya  dan borang penyertaan perlu dihantar dalam tempoh masa yang  telah ditetapkan .Tarikh akhir menghantar karya pada 24 Ogos 2015 (Isnin).

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)