#SehatiSejiwa : PERTANDINGAN MENULIS CERPEN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-58




Terma & syarat penyertaan Pertandingan Menulis Cerpen

Objektif
  • Pertandingan Menulis Cerpen adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan. Dengan ini, pelajar Politeknik Muadzam Shah boleh bergiat aktif dalam sebarang aktiviti yang  dijalankan di PMS ini. Selain itu, mencungkil bakat pelajar dalam seni lukisan.Tambahan pula, pelajar dapat menghayati kehangatan kemerdekaan yang dicapai oleh negara Malaysia.

Peraturan umum
  • Peserta perlu mengikut terma dan syarat pertandingan sepanjang masa pertandingan dan tidak boleh melanggarinya sehingga tamat pertandingan.Tindakan akan diambil jika peserta melanggar sebarang terma dan syarat.

Tempoh masa pertandingan
  • Pertandingan Menulis Cerpen bermula dari 26 Ogos hingga 9 September 2015.

Terma & syarat
1. Terbuka kepada semua mahasiswa/i Politeknik Muadzam Shah.
2. Penyertaan adalah individu.
3. Cerpen hendaklah menerapkan nilai-nilai dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
4. Setiap tajuk penyertaan adalah bebas berdasarkan tema tetapi tidak menyentuh unsur-unsur politik dan unsur-unsur yang boleh menimbulkan spekluasi negatif di kalangan masyarakat majmuk Malaysia amnya.
5. Panjang cerpen mestilah tidak kurang daripada 500 ke 1000 patah perkataan.
6. Cerpen yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 dengan, justify, font-arial, font size-12, spacing -1.5.
7. Peserta hanya boleh menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
8. Karya cerpen mestilah terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan  mahupun dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
9. Hasil karya cerpen mestilah hasil karya sendiri.
10. Cerpen  perlu mengikut dan menyokong Tema Kemerdekaan ke-58 #sehatisejiwa.
11. Peserta perlu menghantar hasil karya dalam sampul surat bersama-sama lampiran borang peryertaan serta tuliskan di atas sampul surat tersebut:-
- nama
- nombor matrik
- nombor kad pengenalan
- nombor telefon
- jabatan
- pertandingan cerpen.

12. Karya boleh dihantar melalui kaedah:-
> Offline:- jabatan masing-masing & Bilik Gerakan MPP
> Online:- emailkan ke (mpppms@gmail.com).
13. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang hasil karya peserta untuk tujuan publisiti dan promosi.

Kriteria Permarkahan Juri
Kreativiti - 20%
Tema - 30%
Format ulasan - 15%
Bahasa &keaslian cerpen - 15%
Gaya bahasa - 20%
Borang Penyertaan

Anda boleh dapatkan borang penyertaan melalui kaedah:-

Offline:-
- Jabatan masing-masing
- Bilik Gerakan MPP

Online:-
- memuat turun borang penyertaan disini (klik)

Hasil karya dan borang penyertaan perlu dihantar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tarikh akhir menghantar karya pada 9 September 2015.

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)