KEM KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH



TARIKH:
16 JANUARI 2015 – 18 JANUARI 2015

TEMPAT:
KINGFISHER ECO RESORT, HULU LANGAT SELANGOR

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL PELAJAR (U-HEP)

             Pada 16 Januari hingga 18 Januari 2015, para pelajar daripada ahli jawatankuasa baru Majlis Perwakilan Pelajar telah mengikuti program Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar di Kingfisher Eco Resort, Hulu Langat,Selangor. Tujuannya adalah untuk membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan serta meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan dan komunikasi.

            Program bermula pada 16 Januari (Jumaat) dimana peserta diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program dan para peserta dipecahkan kepada kumpulan zon A dan kumpulan zon B oleh fasilitator Extract Training Consultant. Aktiviti Ice Breaking bermula selepas solat Asar dimana peserta dibahagikan kepada dua bulatan. Pada malamnya pula, para peserta telah melakukan aktiviti Timang-timang Sayang bersama-sama dimana kesemua kumpulan perlu melaksanakan permainan sehingga berjaya.

            Hari kedua program telah bermula seawal  7 pagi selepas solat Subuh berjemaah. Aktiviti pertama yang telah dijalankan adalah Menara Impian di mana para peserta perlu melengkapkan akitiviti di dalam kumpulan zon A dan di ikuti dengan permainan Train of Fortune  yang perlu dilakukan oleh kumpulan di dalam zon B. Aktiviti seterusnya dijalankan pada pukul 12 tengahari iaitu aktiviti Jungle Tracking menuju ke tempat Air Terjun. Para peserta diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program terlebih  dahulu sebelum aktiviti bermula. Untuk aktiviti seterusnya, peserta-peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan kumpulan mereka untuk melakukan aktiviti Jungle Cook di dalam kumpulan zon A.  Aktiviti seterusnya telah dijalankan selepas solat Zohor berjemaah. Para peserta perlu membina bangunan masa hadapan yang berkualiti dan mampu dibeli dengan menggunakan pasir, My Future Building. Selepas aktiviti tamat, peserta-peserta telah bertolak pulang ke kem dan menyambung aktiviti di kawasan kem. Aktiviti di kawasan kem telah bermula selepas solat Asar yang juga merupakan aktiviti yang melibat air. Peserta dipecahkan kepada kumpulan zon B dan perlu menyelesaikan permainan Floating Brick ,dimana setiap kumpulan perlu mengapungkan sebuah bata dengan menggunakan 10 biji belon dan seutas tali. Aktiviti diteruskan dengan permainan Bigger Ballon dimana setiap kumpulan perlu memasukkan sebanyak mungkin air didalam belon yang diberikan dengan menggunakan sebiji botol kosong tanpa kemasukan ada angin.

            Pada malamnya pula, semua aktiviti telah dijalankan selepas solat Maghrib. Aktiviti pertama dijalankan ialah Tepuk Semangat. Para peserta diajar tepuk semangat dan perlu mengingatinya untuk ditunjukkan pada majlis penutup pada keesokkan harinya. Aktiviti kedua ialah, Animal Song. Setiap kumpulan diberi satu tugasan untuk mencipta sebuah lagu pendek berdasarkan jenis haiwan yang diberi bagi setiap kumpulan.

            Hari ketiga ialah hari terakhir para peserta di kem. Para peserta telah menjalankan  aktiviti Botol Kicap untuk meguji kecerdasan minda para peserta. Selepas itu, setiap kumpulan diberi tugasan untuk bergotong-royong membersihkan dewan bagi majlis penutup yang akan dijalankan pada hari tersebut. Majlis Penutup Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Puan Khuzaimah Binti Baharuddin dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Encik Mohd Fuaad Bin Fesul. Sesi bergambar bersama fasilitator Extract Training Consultant telah dijalankan selepas tamat majlis penutup. Kesemua program dan aktiviti yang telah berlangsung di kem telah berjalan dengan jayanya atas bantuan tiga orang penyelaras program iaitu Encik Jamadeel Izwan Bin Ibrahim, Puan Mahanim Binti Hasnan dan Ustazah Tengku Radziatan Mardziiah Binti Tengku A. Razak.









0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)