WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015


TARIKH:
27 JANUARI 2015

MASA:
2:30 PETANG

TEMPAT:
DEWAN KULIAH UTAMA

ANJURAN:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah sesi 2015 telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 27 Januari 2015 (selasa) pada jam 2 petang di Dewan Kuliah Utama. Majlis rasmi ini telah dihadiri oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah, Timbalan Pengarah (Akademik), Tuan Hj Nor Rahim Bin Muhayat dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Puan Khuzaimah Binti Baharuddin. Majlis watikah ini juga turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan RekaBentuk Komunikasi Visual (JRKV), Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Perlancongan Dan Hospitaliti (JPH), Unit Hal Ehwal Pelajar (U-HEP) dan Wakil Pelajar.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian dan Moral disusuli dengan ucapan dari Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, Khairul Hafiz Bin Kalim. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah. Seterusnya, pemberian watikah perlantikan telah dijalankan bermula dari Exco Pembimbing Rakan Sebaya dan diakhiri dengan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh kesemua ahli Jawatankuasa MPP. Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar juga telah memperkenalkan Spirit of Champion kepada wakil pelajar yang telah hadir pada majlis watikah tersebut. 

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan sesi berdialog MPP bersama Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Ahli Jawatankuasa MPP mengemukakan beberapa isu berbangkit kepada Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengangkutan semasa cuti raya, perkhidmatan baitulmal bantuan pelajar, isu pelajar sampai ke politeknik melebihi pukul 8 malam, isu bilik rekreasi pelajar di kamsis serta isu WiFi PMS yang tidak boleh digunakan dan isu gelanggang futsal yang tidak dibuka kepada pelajar politeknik.

Majlis diakhiri dengan tasbih kifarah dan sesi bergambar ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar bersama Pengarah Politeknik Muadzam Shah dan Ketua-ketua Jabatan yang hadir.
                                  
Bacaan Ikrar Watikah yang diketuai oleh Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2015 


Bergambar bersama Pengarah, Timbalan Pengarah (Akademik), Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ketua-ketua Jabatan & Pensyarah PMS



0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)