Berita Terkini

Keputusan Pilihanraya Kampus MPP PMS Sesi 2014


Pada 18 Disember 2013, telah berlangsungnya Pilihanraya Kampus Politeknik Muadzam Shah bagi memilih wakil pelajar yang bakal menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi 2014.


Proses pembuangan undi telah dijalankan di Dewan Besar bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 2 petang dimana pada kali ini, 17 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar dipertandingkan iaitu 7 kerusi Majlis Tertinggi dan 10 kerusi biro yang akan direbut oleh 38 orang calon yang bertanding. 

Berikut pula merupakan keputusan rasmi pilihanraya:



Tahniah diucapkan kepada calon yang memenangi kerusi yang dipertandingkan. 

Berikut diselitkan sekali beberapa gambar suasana ketika proses pembuangan undi dijalankan:









Pembentukan Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar akan dibuat selepas cuti Krismas. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada wakil-wakil MPP yang telah dipilih. Selamat menjalankan tugas.. =)

Learn more »

NOTIS PEMBERITAHUAN PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK TAHUN 2014

NOTIS PEMBERITAHUAN PILIHAN RAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
POLITEKNIK TAHUN 2014

Calon Exco Majlis Perwakilan Pelajar dikehendaki bagi tahun 2014.      Oleh itu, semua pelajar adalah dialu-alukan untuk menawarkan diri sebagai calon Pilihanraya Kampus.

MAKLUMAT PILIHAN RAYA

Ø PENYIARAN NOTIS PILIHANRAYA
TARIKH   : 4 DISEMBER 2013 (RABU)               

Ø PENAMAAN CALON
TARIKH   : 10 DISEMBER 2013 (SELASA)               
TEMPAT : KAFETERIA 1
MASA     : 9.00 PAGI – 2.00 PETANG
·       Terdiri daripada 3 Orang (Calon, Pencadang, Penyokong)

Ø AKTIVITI BERKEMPEN                
TARIKH   : 10-17 DISEMBER 2013
TEMPAT : SEKITAR KAMPUS PMS
MASA     : 8.00 PAGI - 11.00 MALAM
·       Tempoh berkempen dijalankan selama 8 hari

Ø TARIKH MENGUNDI               
TARIKH   : 18 DISEMBER 2013 (RABU)
TEMPAT : DEWAN BESAR
MASA     : 8.00 PAGI – 1.00 PETANG
·       Calon pemenang diisytiharkan selepas pilihanraya


KERUSI

Kerusi yang dipertandingkan terbahagi kepada kerusi umum dan kerusi jabatan. Bilangan Kerusi Umum adalah sebanyak tujuh (7) kerusi, seperti berikut:-


i)                   Yang Di Pertua (1 kerusi)
ii)                Naib Yang Di Pertua (2 kerusi)
iii)              Setiausaha Kehormat (1 kerusi)
iv)              Naib Setiausaha Kehormat (1 kerusi)
v)                 Bendahari Kehormat (1 kerusi)
vi)              Naib Bendahari Kehormat (1 kerusi)


Bilangan Kerusi Jabatan yang dipertandingkan adalah sebanyak 16 buah kerusi, seperti berikut :-


i)                   Biro Akademik dan Latihan (2 kerusi)
ii)                Biro Multimedia dan Penerbitan (2 kerusi)
iii)              Biro Sukan dan Rekreasi (2 kerusi)
iv)              Biro Kerohanian & Moral (2 kerusi)
v)                 Biro Perpaduan & Integrasi (2 kerusi)
vi)              Biro Kebajikan & Sosial (2 kerusi)
vii)            Biro Kebudayaan & Warisan (2 kerusi)
viii)         Biro Komunikasi Korporat (2 kerusi)

Borang-borang penamaan calon boleh diperolehi di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Akademik. (Borang Penamaan calon yang telah lengkap diisi perlu di hantar ke Pusat Penamaan Calon pada hari penamaan calon.                      

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap calon yang ingin bertanding dalam Pilihanraya Kampus adalah seperti berikut:-

1.     Calon menyediakan seorang pencadang dan seorang penyokong yang terdiri daripada pelajar yang tidak bertanding.

2.     Setiap calon dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 10.00 sahaja.

3.     Pencalonan adalah terbuka kepada semua pelajar KECUALI:

3.1.1    Pelajar yang tidak pernah menduduki peperiksaan pertama di Politeknik;

3.1.2    HPNM kurang 2.75;
3.1.3    Pelajar kursus Sambilan;
3.1.4    Pelajar yang mengulang semester;
3.1.5    Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib;
3.1.6    Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib;
3.1.7    Pengecualian di atas terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif kecuali perkara 3.1.1 dan 3.1.2
3.1.8    Pelajar semester akhir

4.     Pelajar yang menjalani latihan industri (hanya dibenarkan bertanding kerusi jabatan).
                                                    
PERATURAN KEMPEN

I)                   Tempoh Berkempen adalah selama 8 hari.
II)                Calon-calon diberi peluang berucap selewat-lewatnya jam 11.00 malam.
III)              Calon-calon dan wakilnya dilarang membuat kecaman peribadi terhadap
Individu perseorangan. Tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan Negara.

IV)             Bahan kempen dan risalah hendaklah mendapat kebenaran dari Jawatankuasa Pilihan Raya.

V)                Poster hanya boleh digantung sahaja di mana-mana kawasan kampus.


VI)             Calon wajib menurunkan semua poster dan membersihkan kawasan kempen dalam tempoh 24 jam selepas keputusan diumumkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wang pertaruhan tidak dipulangkan dan dikenakan tindakan tatatertib.
Learn more »

Manual Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Disember 2013


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada warga pelajar Politeknik Muadzam Shah.

Buat perhatian pelajar senior (semesta 2-6) yang bakal mendaftar masuk ke Politeknik pada 27 Disember 2013, kami dipihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ada menyediakan buku manual yang menyediakan serba sedikit maklumat untuk rujukan para pelajar.

Antara isi kandungan e-book terbabit adalah:

  1. Semakan Keputusan Peperiksaan.
  2. Tatacara Pembayaran Yuran Pelajar Senior.
  3. Pendaftaran Pelajar Senior.
  4. Kaedah Pembayaran Yuran.
  5. Tatacara Pendaftaran Dalam Talian.
  6. Manual Pendaftaran Kokurikulum AR201 (Sesi Dis 2013).
  7. Info Pelajar Lepasan Latihan Industri (LI)
  8. Maklumat Pendaftaran dan Menduduki Kolej Kediaman.
  9. Tarikh Pendaftaran Politeknik (Pengajian Dan Kolej Kediaman).
  10. Etika Berpakaian Semasa Hari Pendaftaran.
  11. Kalender / Takwim Akademik 2014.
  12. Talian Khas Pertanyaan.

Anda boleh memuat turun e-book terbabit menerusi pautan berikut : ( Klik )
(Sila Laporkan kepada kami jika pautan tidak dapat dicapai)

Berikut pula beberapa maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh anda:

Semakan Keputusan Peperiksaan

Tarikh : 21 November 2013
Masa  : 1.00 Tengah Hari
Pautan : http://spmp.pms.edu.my/


Akaun Pembayaran Yuran 

Pembayaran Boleh Dibuat : 4 November 2013 - 26 November 2013
(Surat Kenyataan Rasmi Pembayaran Yuran = > Klik )

Tatacara Pembayaran Yuran

RM260 ke akaun KPT (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
Jenis bayaran    = Yuran Pengajian (RM200)
= Yuran Asrama
(RM60)
no. akaun KPT - (16-018-01-001754-1 POLITEKNIK KPT)

* Slip berasingan

RM40 ke Koperasi (CIMB BANK BERHAD)
Jenis bayaran = Bayaran Aktiviti Asrama
No. akaun – (0615-0008522-059 KOPERASI POLITEKNIK MUADZAM SHAH ROMPIN PAHANG BERHAD)

RM20 ke Koperasi (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD) * Bayaran Untuk Pelajar Semester 5 Lepasan LI
Jenis bayaran = Penjilidan Buku Laporan LI
No. akaun – (0606-4010009-298 KOPERASI POLITEKNIK MUADZAM SHAH ROMPIN PAHANG)

*Selepas bayaran dibuat sila simpan slip tersebut untuk diserahkan kepada penasihat akademik semasa hari pendaftaran.
*Sila catatkan Nama Penuh, No Kad Pengenalan & No Matrik di belakang salinan resit / slip pemabayaran tersebut.

Perhatian kepada semua Mahasiswa PMS anda harus menjelaskan yuran pengajian terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran dalam talian (e-ENROL).

Maklumat selebihnya anda boleh dapatkan didalam e-book terbabit. Harap Maklum.

Berkhidmat Untuk Mahasiswa
Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Muadzam Shah
Learn more »

Program Pengurusan Jenazah


Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain . Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Atas rasa tanggungjawab maka Majlis Perwakilan Pelajar, Politeknik Muadzam Shah mengambil langkah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah untuk para pelajar Politeknik Muadzam Shah bersama dengan Rakan Pusat Islam (RaPI) di Pusat Islam pada 28 September 2013.

Selaras dengan usaha peningkatan ilmu dan amalan penghayatan Islam dalam kalangan peserta , kami cuba untuk menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka.

Oleh sebab itu, kami memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan mengetahui cara-cara menguruskan jenazah dengan betul dan dimasa yang sama memberi peringatan kepada semua tentang kepentingan untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah dalam Islam. Ianya dijalankan dengan aktiviti pembelajaran bersifat praktikal supaya lebih mudah untuk difahami dan dipraktikkan.

Berikut disediakan kepada anda gambar sepanjang program:












Terima kasih diucapkan kepada pelajar yang sudi memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.


Learn more »

Program Derma Darah


Pada 2 September 2013, Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan telah menganjurkan Program Derma darah yang bertempat di Dewan Besar Politeknik Muadzam Shah. Program ini berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 5 petang. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak pelajar yang secara sukarela sudi menderma bagi pihak yang memerlukan.

Berikut disediakan sedikit sedutan gambar program:















Kami dimaklumkan oleh pihak Hospital yang mereka berjaya  mendapat bekalan darah melebihi sasaran yang mereka harap. Tahniah warga PMS. Terima kasih diucapkan kepada semua. Moga bantuan yang telah dihulurkan oleh anda mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan diluar sana.


Learn more »

Pertandingan Debat Dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia Siri 2/2013


Pada 27 hingga 30 September yang lalu, Politeknik Kota Melaka dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik telah menganjurkan Pertandingan Debat dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia Siri 2/2013 dimana pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah menghantar 2 orang wakil (debat) bersama 3 orang lagi pelajar Politeknik Muadzam Shah (seorang wakil pidato) untuk sama-sama memberi cabaran kepada peserta yang bertanding. Pertandingan dwi tahunan ini menerima penyertaan 25 buah politeknik dengan pembabitan 26 buah pasukan debat.

Buat pengetahuan semua, Pembabitan MPP didalam pertandingan debat dan pidato ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada wakil MPP didalam memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi, mengekspresikan idea, disamping menjadi medium untuk warga Politeknik didalam menyampaikan suara Mahasiswa kerana ini bertepatan dengan tema pertandingan pada kali ini iaitu "Suara Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan".

Berikut adalah keputusan sepanjang pertandingan:

Politeknik Muadzam Shah vs Politeknik Ibrahim Sultan
Usul Yang Diperdebatkan : Semangat Cintakan Negara : ramai Buat-Buat Lupa
Keputusan Juri : PMS Menang ( 2-1)


Politeknik Muadzam Shah vs Politeknik Seberang Perai 
Usul yang diperdebatkan: Tongkat Sudah Tidak Diperlukan
Keputusan Juri : PMS Menang (3-0)

Politeknik Muadzam Shah vs Politeknik Port Dickson
Usul Yang Diperdebatkan: BR1M : Penurunan Harga Minyak Lebih Baik
Keputusan Juri : PMS Menang (3-0)

Politeknik Muadzam Shah Vs Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Usul yang diperdebatkan: Mahasiswa Wajar Berpolitik
Keputusan Juri : PSA Menang (2-1)

Politeknik Muadzam Shah Vs Politeknik Kota Melaka
Usul Yang Diperdebatkan : Rukun Negara Menyatukan Bangsa
Keputusan Juri : PMK Menang (3-0)

Walaupun pasukan tidak berjaya untuk melepasi pusingan suku akhir, PMS berjaya memperbaiki ranking pertandingan daripada kedudukan no 11 keseluruhan (Siri 1/2013) kepada kedudukan no 9 (Siri 2/2013). Berikut adalah keputusan pertandingan:

Johan : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 
N. Johan : Politeknik Sultan Idris Shah
Ketiga : Politeknik Kota Melaka Dan Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah


Berikut pula merupakan kedudukan pendebat terbaik keseluruhan dimana wakil PMS iaitu saudara Azmir Shah telah menduduki tempat ke 9 daripada 78 pendebat.

Kami selaku Mahasiswa yang berdiri dibarisan hadapan pelajar berpendapat, debat adalah salah satu daripada kaedah ataupun medium yang sesuai untuk menguji tahap intelektual para mahasiswa politeknik pada hari ini dan budaya berdebat seharusnya tidak terhenti sampai disini, sebaliknya ia seharuskan diperluaskan dikalangan Mahasiswa Politeknik Malaysia khasnya. Kami percaya dengan tahap mentaliti dan pemikiran warga Politeknik yang setaraf dengan warga Universiti tanpa sebarang kompromi mampu mengubah pandangan sesetengah daripada masyarakat yang menganggap Politeknik adalah institusi pendidikan tinggi kelas kedua. 

Mungkin budaya debat ini adalah sesuatu yang baru dikalangan kita, walau bagaimanapun kami selaku Mahasiswa yang cintakan ilmu dan berpegang kepada prinsip kebebasan akademik akan mencuba sehabis baik untuk menerapkan budaya tersebut dikalangan pelajar supaya ia tidak lagi menjadi sesuatu yang asing bagi kita untuk dicuba pada masa akan datang.

Insyallah, kami sedang meneliti perancangan untuk melaksanakan pertandingan debat dan pidato peringkat dalamanan, segala perkembangan terkini akan diberitahu dilain masa..

Salam perdebatan kepada semua..

"Suara Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan"


Learn more »