Pertandingan Debat Dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia Siri 2/2013
Pada 27 hingga 30 September yang lalu, Politeknik Kota Melaka dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik telah menganjurkan Pertandingan Debat dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia Siri 2/2013 dimana pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah menghantar 2 orang wakil (debat) bersama 3 orang lagi pelajar Politeknik Muadzam Shah (seorang wakil pidato) untuk sama-sama memberi cabaran kepada peserta yang bertanding. Pertandingan dwi tahunan ini menerima penyertaan 25 buah politeknik dengan pembabitan 26 buah pasukan debat.
Buat pengetahuan semua, Pembabitan MPP didalam pertandingan debat dan pidato ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada wakil MPP didalam memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi, mengekspresikan idea, disamping menjadi medium untuk warga Politeknik didalam menyampaikan suara Mahasiswa kerana ini bertepatan dengan tema pertandingan pada kali ini iaitu "Suara Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan".
Berikut adalah keputusan sepanjang pertandingan:
Politeknik Muadzam Shah vs Politeknik Ibrahim Sultan
Usul Yang Diperdebatkan : Semangat Cintakan Negara : ramai Buat-Buat Lupa
Keputusan Juri : PMS Menang ( 2-1)
Politeknik Muadzam Shah vs Politeknik Seberang Perai
Usul yang diperdebatkan: Tongkat Sudah Tidak Diperlukan
Keputusan Juri : PMS Menang (3-0)
Politeknik Muadzam Shah vs Politeknik Port Dickson
Usul Yang Diperdebatkan: BR1M : Penurunan Harga Minyak Lebih Baik
Keputusan Juri : PMS Menang (3-0)
Politeknik Muadzam Shah Vs Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Usul yang diperdebatkan: Mahasiswa Wajar Berpolitik
Keputusan Juri : PSA Menang (2-1)
Politeknik Muadzam Shah Vs Politeknik Kota Melaka
Usul Yang Diperdebatkan : Rukun Negara Menyatukan Bangsa
Keputusan Juri : PMK Menang (3-0)
Walaupun pasukan tidak berjaya untuk melepasi pusingan suku akhir, PMS berjaya memperbaiki ranking pertandingan daripada kedudukan no 11 keseluruhan (Siri 1/2013) kepada kedudukan no 9 (Siri 2/2013). Berikut adalah keputusan pertandingan:
Johan : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
N. Johan : Politeknik Sultan Idris Shah
Ketiga : Politeknik Kota Melaka Dan Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah
Berikut pula merupakan kedudukan pendebat terbaik keseluruhan dimana wakil PMS iaitu saudara Azmir Shah telah menduduki tempat ke 9 daripada 78 pendebat.
Kami selaku Mahasiswa yang berdiri dibarisan hadapan pelajar berpendapat, debat adalah salah satu daripada kaedah ataupun medium yang sesuai untuk menguji tahap intelektual para mahasiswa politeknik pada hari ini dan budaya berdebat seharusnya tidak terhenti sampai disini, sebaliknya ia seharuskan diperluaskan dikalangan Mahasiswa Politeknik Malaysia khasnya. Kami percaya dengan tahap mentaliti dan pemikiran warga Politeknik yang setaraf dengan warga Universiti tanpa sebarang kompromi mampu mengubah pandangan sesetengah daripada masyarakat yang menganggap Politeknik adalah institusi pendidikan tinggi kelas kedua.
Mungkin budaya debat ini adalah sesuatu yang baru dikalangan kita, walau bagaimanapun kami selaku Mahasiswa yang cintakan ilmu dan berpegang kepada prinsip kebebasan akademik akan mencuba sehabis baik untuk menerapkan budaya tersebut dikalangan pelajar supaya ia tidak lagi menjadi sesuatu yang asing bagi kita untuk dicuba pada masa akan datang.
Insyallah, kami sedang meneliti perancangan untuk melaksanakan pertandingan debat dan pidato peringkat dalamanan, segala perkembangan terkini akan diberitahu dilain masa..
Salam perdebatan kepada semua..
"Suara Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan"
0 comments:
Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)