Berita Terkini

Kuiz Sempena Minggu Kemerdekaan


Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke 56, pihak Majlis Perwakilan Pelajar akan menganjurkan Minggu Sambutan Kemerdekaan peringkat Politeknik yaang akan dijalankan selama seminggu. Dalam tempoh masa tersebut, kami menjalankan pelbagai aktiviti menarik untuk anda dan diantaranya adalah pertandingan-pertandingan berbentuk patriotik. Kuiz kemerdekaan adalah salah satu daripada pertandingan yang dijalankan. Jika anda berminat, berikut disediakan syarat-syarat pertandingan.


Syarat-syarat kuiz kemerdekaan:

1. Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Muadzam Shah.
2. Kuiz ini mengandungi 5 soalan objektif, 5 soalan subjektif dan 1 soalan am. Jawab semua soalan.
3. Hadiah akan diberikan kepada 3 orang peserta yang mempunyai markah tertinggi. 
4. Sekiranya lebih daripada 3 orang peserta menjawab dengan tepat, pemenang akan dinilai melalui jawapan yang paling kreatif dan bermakna untuk soalan bernombor 11.
3. Anda boleh memuat turun borang penyertaan disini (klik) dan soalan kuiz disini (klik)
4. Anda juga boleh mengambil salinan "hardcopy" soalan kuiz di bilik MPP dengan percuma dan tanpa sebarang bayaran.
5. Jawapan anda hendaklah diisi dan dihantar sebelum 28 Ogos 2013 jam 5 petang.Anda boleh menghantar penyertaan mengikut kaedah berikut:

Online

Facebook : fb.com/jpppms
e-mel        : mpppms@gmail.com

Offline

Hantar pada Bilik Gerakan MPP
Hantar pada Ahli MPP

6. Setiap penyertaan yang dihantar melayakkan diri anda untuk menerima kad jemputan khas ke Majlis Gala     Merdeka Raya yang akan diadakan pada malam 28 Ogos 2013 dan ianya diberikan secara PERCUMA kepada peserta..

Sebarang pertanyaan anda boleh ajukan sendiri pada kami di Facebook atau Twitter
Learn more »

Pertandingan Mereka Bentuk Poster Kemerdekaan

Sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56, pihak Majlis perwakilan pelajar akan menganjurkan pertandingan mereka bentuk poster yang bertemakan kemerdekaan. Antara syarat pertandingan adalah seperti berikut:

 1. Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Muadzam Shah
2. Penyertaan adalah PERCUMA dan peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja bagi             setiap kategori.
3. Karya mesti bertemakan "Kemerdekaan".
4. Karya mestilah menggunakan perisian Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator yang menggunakan               format saiz A3.
5. Keaslian Diutamakan. DILARANG menciplak atau meniru karya orang lain.
6. Karya digalakkan untuk dihantar didalam bentuk softcopy (jpeg). Walau bagaimanapun, penghantaran           penyertaan didalam bentuk hardcopy juga dibenarkan.
7. Setiap penyertaan hendaklah disertakan sekali dengan borang pendaftaran yang boleh didapati daripada       bilik gerakan Majlis Perwakilan Pelajar atau anda boleh memuat turun borang tersebut dipautan ini. (Klik sini)
8. Setiap penyertaan yang dihantar melayakkan diri anda untuk menerima kad jemputan khas ke Majlis Gala     Merdeka Raya yang akan diadakan pada malam 28 Ogos 2013 dan ianya diberikan secara PERCUMA.
9. Tarikh tutup penyertaan adalah 28 Ogos 2013 jam 5 petang.

Sebarang kesulitan, anda boleh menghubungi pihak kami melalui pautan berikut: Facebook | Twitter
Learn more »

Pertandingan Penulisan Kreatif | Perjuangan Belum Selesai


Gambar di atas merupakan sebongkah rubik dengan tulisan dibawahnya "Perjuangan Belum Selesai". Berdasarkan kepada kreativiti anda sebagai seorang Mahasiswa/i, karangkan sebuah penulisan kreatif yang bertemakan kemerdekaan berdasarkan klue diatas.

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik Muadzam Shah.
2. Penulisan boleh dihantar didalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
3. Tiada had maksimum untuk penulisan yang baik. Walau bagaimanapun had minimum adalah 120 patah perkataan sahaja.
4. Konsep penulisan adalah bebas. Walau bagaimanapun, para peserta dikehendaki mematuhi tema penulisan iaitu bertemakan KEMERDEKAAN dan menggunakan hukum-hukum bahasa yang betul.
5. Penulisan mestilah ASLI. Peserta akan dibatalkan penyertaan jika didapati mengambil jalan mudah dengan “COPY PASTE” daripada internet.
6. Kaedah penilaian adalah seperti berikut:
  • Penggunaan bahasa yang baik.
  • Kreativiti merungkai perspektif daripada sejarah, isu semasa dan sebagainya.
  • Pandangan anda sendiri menjawab isu  “Perjuangan Belum Selesai”.

7. Penyertaan boleh dihantar melalui “softcopy” ataupun “hardcopy”.
8. Anda boleh menghantar penyertaan anda terus ke bilik gerakan Majlis Perwakilan Pelajar (Berdekatan dengan HEP) atau melalui facebook kami di http://fb.com/jpppms . Sila kempilkan sekali borang penyertaan yang bolehi didapati melalui bilik MPP atau melalui pautan berikut: Klik Sini
9. Tarikh tutup penyertaan adalah : 28hb Ogos 2013, 5 Petang.
10. Setiap penyertaan melayakkan anda untuk menerima kad jemputan khas ke Majlis Gala Merdeka Raya yang akan diadakan pada 28 Ogos 2013.




Sebarang kesulitan, anda boleh menghubungi kami melalui talian berikut:
Facebook : fb.com/jpppms
Twitter     : @mpppms
E-mel        : mpppms@gmail.com
Telefon    :  017-6591091


Learn more »

Perpindahan Puan Pengarah Ke Politeknik Baru


Semalam, 15hb Julai 2013 merupakan hari terakhir bagi Pn Pengarah Hjh Norlida Binti Abd Razak berkhidmat di Politeknik Muadzam Shah. Tiada kata yang dapat diungkapkan selain daripada ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau sepanjang perkhidmatannya disini. 

Selamat maju jaya berada ditempat baru.. 

Ikhlas 
Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Muadzam Shah
Learn more »

Bengkel Media Dan Fotografi MPP Politeknik Malaysia 2013



Program ini merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memperkasakan Biro Multimedia dan Penerbitan yang menjadi tunjang kepada organisasi MPP dalam menyampaikan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan didalam persekitaran Politeknik masing-masing.Ianya dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Malaysia (MPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Kota Bharu yang melibatkan MPP (Biro Multimedia dan Penerbitan) daripada 32 buah Politeknik.

Bengkel Media dan Fotografi yang berlangsung di besut, Terengganu ini dijalankan selama 3 hari 2 malam berdekatan dengan hutan simpan Lata Tembakah yang menjadi kawasan tumpuan warga tempatan.

Sepanjang program ini, para peserta akan didedahkan dengan asas-asas untuk mengambil gambar dengan betul. Pembelajaran ini merangkumi daripada kelas teori yang menyentuh tentang penggunaan ISO, Aperture,shuttle speed, angle dan penggunaan manual lain sehinggalah ke kelas praktikal yang dijalankan dikawasan terbuka didalam hutan simpan Lata Tembakah.

Tarikh : 4 - 6 Julai 2013
Lokasi : Latah Tembakah, Besut, Terengganu

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah menghantar 2 orang biro multimedia disana.



Taklimat Fotografi


Outing mencari 5 gambar terbaik untuk dinilai


Gambar Sebelum Pendakian


Panorama Air Terjun Tingkat 5 Lata Tembakah


Gelagat Rakan MPP yang lain

Kesimpulannya,program seperti ini seharusnya diteruskan dimasa akan datang bagi memberi pendedahan kepada MPP tentang kekuatan yang ada pada ahli yang memegang jawatan sebagai Biro Multimedia dan penerbitan. Ini kerana mereka bertindak sebagai “Menteri Propaganda” yang mampu memantapkan organisasi MPP itu sendiri.Walau bagaimanapun, biro yang bertugas perlu mempunyai ilmu kemahiran didalam bidang multimedia dan penerbitan bagi memberikan impak yang maksima didalam sesuatu program.



Learn more »

Program Semai Bakti Politeknik KPT 2013

Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan bagi mempromosikan Politeknik Malaysia kepada penduduk Felda mengenai bidang-bidang yang ditawarkan serta cara pembelajaran di Politeknik. Program ini dianjurkan bersama Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPP) dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (MPPPIS) dengan kerjasama Gugusan Felda Tenggaroh,Yayasan Sukarelawan Politeknik (YES!),serta 1M4U.

Program kerjasama pelbagai pihak ini berlangsung dari 10 hingga 15 Mei 2013 dan ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik Zon Selatan dan ini termasuklah Politeknik Muadzam Shah. Sepanjang program ini,pelajar didedahkan dengan suasana kehidupan di kampung dan dimasa yang sama turut menyumbang bakti dan budi kepada penduduk felda. Program ini selaras dengan pelancaran Politeknik Kasih. Di samping itu,pelajar turut memahami erti perpaduan di kalangan masyarakat.

Tarikh : 10 - 15 Mei 2013
Lokasi : Felda Tenggaroh 6, Mersing Johor


Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah menghantar 4 orang wakil ke sana. Antara program menarik yang dijalankan disana adalah:

# Program anak angkat
# Ceramah promosi politeknik kepada penduduk felda
# Lawatan ke ladang Eksperimen FELDA
# Sukan kampung
# Malam Kebudayaan
# Projek Melestarikan Rumah Hijau
# Gotong Royong
# Aktiviti Kemasyarakatan
# Kelas Knowleage Transfer

Antara paparan gambar menarik sepanjang disana.














Pengalaman berharga dapat dikutip disana. Antara program sukarelawan yang terbaik.
Learn more »