Berita Terkini

#SehatiSejiwa : PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-58


Terma & Syarat Pertandingan


Objektif
Pertandingan melukis  poster adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan. Dengan ini, pelajar Politeknik Muadzam Shah boleh bergiat aktif dalam sebarang aktiviti yang  dijalankan di PMS ini. selain itu, mencungkil bakat pelajar dalam seni lukisan.Tambahan pula, pelajar dapat menghayati kehangatan kemerdekaan yang dicapai oleh Negara Malaysia .

Peraturan umum
Peserta perlu mengikut terma dan syarat pertandingan sepanjang masa pertandingan dan tidak boleh melanggarinya sehingga tamat pertandingan.Tindakan akan diambil jika peserta melanggar sebarang terma dan syarat.

Tempoh masa pertandingan
Pertandingan Melukis Poster bermula dari 16 hingga 24 Ogos 2015.

Terma&syarat
1) Terbuka kepada semua mahasiswa/i Politeknik Muadzam Shah.
2) Lukisan mestilah menggunakan tangan. Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan..
3) Peserta perlu menggunakan drawing block untuk melukis poster.
4) Peserta bebas menggunakan sebarang pewarna.
5) Tajuk / kapsyen / penerangan menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja.
6) Poster mestilah terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan cetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
7) Lukisan poster mestilah hasil karya sendiri.
8) Poster perlu mengikut dan menyokong TEMA Kemerdekaan ke-58 #sehatisejiwa.
9) Peserta perlu menghantar hasil karya dalam sampul surat bersama-sama lampiran borang peryertaan serta tuliskan di atas sampul surat tersebut:- 

Nama :
No matrik:
No. kad pengenalan :
No. telefon
Jabatan:

10) Anda boleh menghantar penyertaan kepada:-
- Hantar di Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar (bawah Pejabat HEP)
- Hantar pada ahli Majlis Perwakilan Pelajar 

11) Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang hasil karya peserta untuk tujuan publisiti dan promosi.
12) Anda boleh dapatkan borang penyertaan di jabatan masing-masing, Bilik Gerakan MPP atau memuat turun borang penyertaan disini (klik)

Criteria permarkahan juri
1.    Kreativiti - 30%
2.    Tema - 10%
3.    Teknik warna - 10%                                
4.    Aplikasi teknik melukis terbaik - 15%
5.    Kekemasan dan kebersihan poster - 15%
6.    Tajuk / kapsyen / penerangan yang menggunakan bahasa yang menarik - 10%
 
Hasil karya  dan borang penyertaan perlu dihantar dalam tempoh masa yang  telah ditetapkan .Tarikh akhir menghantar karya pada 24 Ogos 2015 (Isnin).
Learn more »

DERMA DARAH: DARAH SATRIA #IM4U


Tarikh: 12 Ogos 2015 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Besar, Politeknik Muadzam Shah







 
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mengumpul hampir 200 penderma yang terdiri daripada staf dan pelajar PMS. Semoga bakti ini diteruskan pada masa hadapan. Syabas!
Learn more »

FIREDRILL: LATIHAN KEBAKARAN


Pagi tadi telah diadakan Firedrill: Latihan Kebakaran anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (Exco Kolej Kediaman) dengan kerjasama Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman dan Pasukan Bomba & Penyelamat Rompin.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah demonstrasi memadam kebakaran.










Learn more »

#SehatiSejiwa: GOTONG-ROYONG KEMERDEKAAN


Tarikh: 8 Ogos 2015 (Sabtu)
Tempat: Kantin, Kafeteria, Dewan Besar & Bulatan HEP
Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar (Exco Kebajikan & Sosial)
Peserta: Rakan Exco Majlis Perwakilan Pelajar












Learn more »

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN (TAMAN & REKREASI) POLITEKNIK MUADZAM SHAH

 

Pada 6 & 7 Ogos 2015 (Khamis & Jumaat), Panel Penilai MQA telah mengadakan satu lawatan ke Politeknik Muadzam Shah.  Tujuan lawatan ini adalah untuk menyemak dokumen Program Diploma Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi) dan memastikan semua kreteria yang ditetapkan oleh MQA dipatuhi seterusnya proses pengiktirafan program yang telah ditawarkan selama tiga tahun ini boleh mencapai matlamat. Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar telah dipanggil untuk sesi interview bersama panel penilai. Adalah diharap agar program Diploma Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi) mendapat Akreditasi penuh.



 Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar bersama Panel Penilai MQA




Learn more »

PROGRAM SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN KE-58 #SehatiSejiwa


Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah sesi 2015 akan mengadakan beberapa program dan pertandingan sepanjang Bulan Kemerdekaan Ke-58. Antara program yang akan dianjurkan adalah:

1) Gotong-royong Kemerdekaan - Exco Kebajikan & Sosial


2) Fire Drill - Exco Kolej Kediaman


3) Merdeka Got Talent - Exco Warisan & Kebudayaan


4) Pertandingan Melukis Poster
5) Pertandingan Fotografi
6) Pertandingan Video Kemerdekaan - Exco Intergrasi Nasional


7) Sukan Kemerdekaan - Exco Sukan & Rekreasi


8) Pertandingan Menulis Cerpen - Exco Intergrasi Nasional


9) Spirit Of Independent - Exco Komunikasi Korporat


10) Pertandingan Kuiz Merdeka - Exco Intergrasi Nasional

Learn more »