Berita Terkini
LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN (TAMAN & REKREASI) POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Pada 6 & 7 Ogos 2015 (Khamis & Jumaat), Panel Penilai MQA telah mengadakan satu lawatan ke Politeknik Muadzam Shah. Tujuan lawatan ini adalah untuk menyemak dokumen Program Diploma Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi) dan memastikan semua kreteria yang ditetapkan oleh MQA dipatuhi seterusnya proses pengiktirafan program yang telah ditawarkan selama tiga tahun ini boleh mencapai matlamat. Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar telah dipanggil untuk sesi interview bersama panel penilai. Adalah diharap agar program Diploma Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi) mendapat Akreditasi penuh.
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar bersama Panel Penilai MQA
PROGRAM SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN KE-58 #SehatiSejiwa
Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah sesi 2015 akan mengadakan beberapa program dan pertandingan sepanjang Bulan Kemerdekaan Ke-58. Antara program yang akan dianjurkan adalah:
1) Gotong-royong Kemerdekaan - Exco Kebajikan & Sosial
2) Fire Drill - Exco Kolej Kediaman
3) Merdeka Got Talent - Exco Warisan & Kebudayaan
4) Pertandingan Melukis Poster
5) Pertandingan Fotografi
6) Pertandingan Video Kemerdekaan - Exco Intergrasi Nasional
7) Sukan Kemerdekaan - Exco Sukan & Rekreasi
8) Pertandingan Menulis Cerpen - Exco Intergrasi Nasional
9) Spirit Of Independent - Exco Komunikasi Korporat
10) Pertandingan Kuiz Merdeka - Exco Intergrasi Nasional
Subscribe to:
Posts (Atom)
Copyright © 2013 Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah and Redesign by Azmir Shah



















