Berita Terkini

PERJUMPAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA PELAJAR BUKAN ISLAM POLITEKNIK MUADZAM SHAH

TARIKH:
28 FEBRUARI 2015

MASA:
9.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM

TEMPAT:
DEWAN KULIAH UTAMA 
...


Pada 28 Februari 2015, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan perjumpaan bersama pelajar bukan islam Politeknik Muadzam Shah (PMS). Perjumpaan ini adalah satu platform untuk menjalinkan hubungan yang baik antara MPP dengan pelajar bukan Islam. Melalui perjumpaan ini, pihak MPP dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar bukan Islam. Perjumpaan ini diharap dapat membina semangat perpaduan antara seluruh pelajar Politeknik Muadzam Shah tanpa mengira bangsa dan agama.
  

Learn more »

KEM KEPIMPINAN YANG DI PERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SELURUH POLITEKNIK

Tarikh:
10-12 Februari 2015

Tempat:
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Selangor Darul ehsan
  
Anjuran:
Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan (MPPPK)
  ....


Pada 10 - 12 Februari 2015, Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kebangsaan (MPPPK) telah menganjurkan Kem Kepimpinan yang disertai oleh Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik seluruh Malaysia. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan organisasi MPPPK yang baru. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menghimpunkan barisan YDP MPP politeknik seluruh Malaysia.


Learn more »

FORUM AL-MUQARRABIN "SAY NO TO VALENTINE'S DAY"


Pada 12 Februari 2015 (Khamis), Pejabat Agama Islam Muadzam Shah dengan kerjasama Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan Forum Al-Muqarrabin bertajuk "Say No To Valentin's Day".

Dua orang panel dijemput bagi mengupas tajuk ini iaitu Ustaz Mohd Anuar Bin Awg. Idris dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Ustaz Yazid Bin Abdul Mohd dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan manakala moderator adalah Ustaz Badrul Hakimi dari Politeknik Muadzam Shah.

Seramai kira-kira 700 orang yang terdiri daripada staf dan mahasiswa/i Politeknik Muadzam Shah menghadiri program yang julung kalinya dianjurkan ini.









Learn more »

PENUTUP SUKMAS


Tarikh: 10 Februari 2015 (Selasa)
Tempat: Kompleks Sukan Politeknik Muadzam Shah
Aktiviti: Perbarisan, Senamrobik, Spirit Of Champion, Penyampaian Hadiah

 Perbarisan - Jabatan Perdagangan (JP)


 Perbarisan - Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV)

 Perbarisan - Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH)






 Persembahan Spirit Of Champion yang diketuai oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar


Learn more »

PESTA PONGAL DAN PAMERAN KOLAM PMS 2015


Pesta Pongal & Pameran Kolam telah diadakan pada 9 Februari 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Besar Politeknik Muadzam Shah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En. Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah.





 Ucapan Perasmian Oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En. Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah

 Exco Disiplin Majlis Perwakilan Pelajar, wakil pelajar India Politeknik Muadzam Shah menyerahkan cenderahati kepada Pengarah Politeknik Muadzam Shah

 Persembahan tarian oleh pelajar India Politeknik Muadzam Shah

Sesi bergambar
Learn more »