Berita Terkini

KEM KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH



TARIKH:
16 JANUARI 2015 – 18 JANUARI 2015

TEMPAT:
KINGFISHER ECO RESORT, HULU LANGAT SELANGOR

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL PELAJAR (U-HEP)

             Pada 16 Januari hingga 18 Januari 2015, para pelajar daripada ahli jawatankuasa baru Majlis Perwakilan Pelajar telah mengikuti program Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar di Kingfisher Eco Resort, Hulu Langat,Selangor. Tujuannya adalah untuk membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan serta meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan dan komunikasi.

            Program bermula pada 16 Januari (Jumaat) dimana peserta diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program dan para peserta dipecahkan kepada kumpulan zon A dan kumpulan zon B oleh fasilitator Extract Training Consultant. Aktiviti Ice Breaking bermula selepas solat Asar dimana peserta dibahagikan kepada dua bulatan. Pada malamnya pula, para peserta telah melakukan aktiviti Timang-timang Sayang bersama-sama dimana kesemua kumpulan perlu melaksanakan permainan sehingga berjaya.

            Hari kedua program telah bermula seawal  7 pagi selepas solat Subuh berjemaah. Aktiviti pertama yang telah dijalankan adalah Menara Impian di mana para peserta perlu melengkapkan akitiviti di dalam kumpulan zon A dan di ikuti dengan permainan Train of Fortune  yang perlu dilakukan oleh kumpulan di dalam zon B. Aktiviti seterusnya dijalankan pada pukul 12 tengahari iaitu aktiviti Jungle Tracking menuju ke tempat Air Terjun. Para peserta diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program terlebih  dahulu sebelum aktiviti bermula. Untuk aktiviti seterusnya, peserta-peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan kumpulan mereka untuk melakukan aktiviti Jungle Cook di dalam kumpulan zon A.  Aktiviti seterusnya telah dijalankan selepas solat Zohor berjemaah. Para peserta perlu membina bangunan masa hadapan yang berkualiti dan mampu dibeli dengan menggunakan pasir, My Future Building. Selepas aktiviti tamat, peserta-peserta telah bertolak pulang ke kem dan menyambung aktiviti di kawasan kem. Aktiviti di kawasan kem telah bermula selepas solat Asar yang juga merupakan aktiviti yang melibat air. Peserta dipecahkan kepada kumpulan zon B dan perlu menyelesaikan permainan Floating Brick ,dimana setiap kumpulan perlu mengapungkan sebuah bata dengan menggunakan 10 biji belon dan seutas tali. Aktiviti diteruskan dengan permainan Bigger Ballon dimana setiap kumpulan perlu memasukkan sebanyak mungkin air didalam belon yang diberikan dengan menggunakan sebiji botol kosong tanpa kemasukan ada angin.

            Pada malamnya pula, semua aktiviti telah dijalankan selepas solat Maghrib. Aktiviti pertama dijalankan ialah Tepuk Semangat. Para peserta diajar tepuk semangat dan perlu mengingatinya untuk ditunjukkan pada majlis penutup pada keesokkan harinya. Aktiviti kedua ialah, Animal Song. Setiap kumpulan diberi satu tugasan untuk mencipta sebuah lagu pendek berdasarkan jenis haiwan yang diberi bagi setiap kumpulan.

            Hari ketiga ialah hari terakhir para peserta di kem. Para peserta telah menjalankan  aktiviti Botol Kicap untuk meguji kecerdasan minda para peserta. Selepas itu, setiap kumpulan diberi tugasan untuk bergotong-royong membersihkan dewan bagi majlis penutup yang akan dijalankan pada hari tersebut. Majlis Penutup Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Puan Khuzaimah Binti Baharuddin dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Encik Mohd Fuaad Bin Fesul. Sesi bergambar bersama fasilitator Extract Training Consultant telah dijalankan selepas tamat majlis penutup. Kesemua program dan aktiviti yang telah berlangsung di kem telah berjalan dengan jayanya atas bantuan tiga orang penyelaras program iaitu Encik Jamadeel Izwan Bin Ibrahim, Puan Mahanim Binti Hasnan dan Ustazah Tengku Radziatan Mardziiah Binti Tengku A. Razak.









Learn more »

TAKWIM AKTIVITI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH TAHUN 2015

Learn more »

SAF PIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH SESI 2015

MAJLIS PEWAKILAN PELAJAR
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
SESI 2015


MAJLIS TERTINGGI

YANG DI-PERTUA
KHAIRUL HAFIZ BIN KALIM
 TIMBALAN YANG DI-PERTUA
MUHAMMAD ARIFF AZIZI BIN MD. NOR
 
NAIB YANG DI-PERTUA 1
NOR AKMAL BT MUSTAFA
 NAIB YANG DI-PERTUA 2
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MADZLI
SETIAUSAHA AGUNG
YASMIN NADIA BINTI ABD RAHMAN     

NAIB SETIAUSAHA AGUNG
NOR AZLIN SYAHIRA BINTI CHE ABD AZIZ     

BENDAHARI KEHORMAT
AHMAD HILMI BIN MUHAMAD AIDAL @AIDIL  

JAWATANKUASA EXCO

EXCO DOKUMENTASI
NOORSYAFIKAH BINTI RAHMAD
EXCO PUBLISITI & MULTIMEDIA
SUMATHY A/P THAMOOTHARAM PILLAI
EXCO KEBAJIKAN DAN SOSIAL
1. HAZNAN BIN MOHAMAD
2. NOORSUHANA BINTI SA'DOM
EXCO INTEGRASI NASIONAL
NUR FATIMAH BEEVI BINTI MEERA HUSSAIN     

EXCO SUKAN DAN REKREASI
AKMAL IZZAT BIN ANUAR
EXCO KEBUDAYAAN & WARISAN
NUR HANIS IZZATI BT MOHD HANAPI
EXCO KOMUNIKASI KORPORAT
SARAH ALWANI BINTI ARIS AZMIN
    
EXCO KESUKARELAWAN
RAJA NURAZIMAT AZAM BIN RAJA ABD KAHAR
EXCO AKADEMIK DAN INOVASI
NABIHAH ANISA BTE ARIPIN
EXCO HAL EHWAL SISWI
SITI NOR AISYAH BINTI BAHARUDIN
EXCO KEUSHAWANAN & KERJAYA
MOHAMAD SHAFIQ BIN MAHAT
EXCO PENGANTARABANGSAAN & KOLABORASI
MUHAMMAD FAZREEN BIN MUHAMMAD ZIN

EXCO DISIPLIN
KANESHRAJ A/L VIJAYA KUMAR
EXCO KEROHANIAN & MORAL
MUHAMMAD EEKRAM BIN SHAHARUDDIN       

EXCO KOLEJ KEDIAMAN
MUHAMMAD ZULHALIM BIN JALKAPE 
 
EXCO PEMBIMBING RAKAN SISWA
NUR ASHYREEN BINTI MOHD ZUBIR
Learn more »

KEPUTUSAN PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH SESI 2015



Umum mengetahui tanggal 12/01/2015, Politeknik Muadzam Shah mengadakan pilihanraya kampus bagi memilih pucuk pimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Proses pembuangan undi telah berjalan dengan lancar di Dewan Utama, PMS. Pelajar di benarkan membuang undi bermula jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang.

Berikut adalah keputusan pilihanraya yang telah di umumkan kepada calon:

KERUSI UMUM

8 calon yang mendapat jumlah undi tertinggi akan layak dilantik sebagai Ahli Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar.


NO
CALON
JABATAN
JUM UNDI
1
Muhammad Eekram Bin Saharuddin
JRKV
1036
2
Khairul Hafiz Bin Kalim
JKM
986
3
Nor Azlin Syahira Bt. Che Aziz
JPH
967
4
Siti Nor Aisyah Bt. Baharudin
JP
959
5
Nur Fatimah Beeli Bt. Meera Hussain
JP
957
6
Muhammad Ariff Azizi Bin Md. Nor
JP
935
7
Ahmad Hilmi Bin Muhamad Aidal @ Aidil
JP
853
8
Kaneshraj A/L Vijaya Kumar
JTMK
832
9
Mohamad Shafiq Bin Mahat
JP
775
10
Nurul Ain Bt. Samsuddin
JTMK
757
10
Muhammad Adam Al Modthaqim Bin Muhammad Basri
JKM
757
12
Efa Binti Ruruk
JP
745
13
Normadiana Bt. Omar
JRKV
740
14
Mohamed Azfar Bin Mohamed Tahir
JTMK
607


KERUSI JABATAN/EXCO/BIRO

Calon dari setiap jabatan yang mendapat undian tertinggi akan bersama Majlis Perwakilan Pelajar, PMS.

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (JTMK)
1
Haznan Bin Mohamad
2
Nur Hanis Izzati Bt. Mohd Hanapi
3
Nabihah Anisa Bt. Aripin
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)
1
Muhammad Syafiq Bin Madzli*
2
Noorsyafikah Binti Rahmad*
JABATAN PERDAGANGAN (JP)
1
Muhammad Fazreen Bin Muhammad Zin
2
Akmal Izzat Bin Anuar
3
Nur Shuhada Bt. Lis
JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL (JRKV)
1
Nor Akmal Binti Mustafa*
2
Sumathy A/P Thamootharam*
JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI (JPH)
1
Sarah Alawani Binti Aris Azmin*
2
Yasmin Nadid Bt. Abd Rahman*
3
Raja Nurazimat Azam Bin Raja Abd Kahar*

Terdapat 3 masukan secara automatik ke MPP iaitu Pengerusi Rakan Pusat Islam (RAPI), Pengerusi Pembimbing Rakan Sabaya (PRS), dan Pengerusi Jawatankuasa Kolej Kediaman (JPKK).

*Menang tanpa bertanding

 BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH SESI 2015
Learn more »

KALENDER AKADEMIK POLITEKNIK TAHUN 2015

Berikut adalah kalender akedemik yag dikeluarkan untuk tahun 2015. Kepada para pelajar Politeknik, anda boleh memuat turun kalender ini untuk dijadikan rujukan akademik anda.
Learn more »

VISI, MISI & OBJEKTIF PENUBUHAN


VISI

Melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari segi akademikm serta integrasi selaras dengan Moto Politeknik Muadzam Shah


MISI

Menjana modal insan dalam diri setiap ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan menerapkan nilai-nilai murni, kepimpinan, keterampilan dan keyakinan dalam setiap ahlinya


OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.
2. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan disamping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada di Politeknik.
3. Merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pelajar.
4. Menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
5. Menjadi pengantara pelajar dengan pihak pengurusan.
6. Membantu pihak berkuasa Politeknik memelihara disiplin Pelajar.
Learn more »