Berita Terkini

Kursus Pengurusan Jenazah


Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Kepada Mahasiswa dan Mahasiswi Politeknik Muadzam Shah..


Pada hari sabtu ini, 28 September 2013, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Rakan Pusat Islam (RaPI) akan menganjurkan "Kursus Pengurusan Jenazah" bertempat di Pusat Islam. 

Jadi kepada Mahasiswa/i yang berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut. Yuran penyertaan berharga RM10 termasuk:

# Makan dan minum
# Modul
# Sijil Penyertaan

Penyertaan terbuka kepada semua tanpa kompromi. Mudahan-mudahan ilmu bermanfaat yang disampaikan pada majlis ini dapat diaplikasikan dengan baik oleh para peserta pada masa akan datang..

Majlis Perwakilan Pelajar 
Politeknik Muadzam Shah

Learn more »

Permohonan Mesin ATM di Politeknik Muadzam Shah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang sedia maklum, mesin ATM adalah salah satu daripada tuntutan pelajar yang kerapkali dilaungkan pada setiap tahun agar pihak berkenaan dapat menempatkan kemudahan tersebut didalam kawasan Politeknik Muadzam Shah. Ironinya, hampir setiap tahun juga tuntutan tersebut tidak mendapat respon yang positif apabila pihak bank berpendapat keadaan semasa Politeknik Muadzam Shah masih lagi tidak menepati piawaian yang mereka kehendaki bagi menjana keuntungan.

Ini dapat dibuktikan melalui permohanan yang dilakukan sebanyak 2 kali oleh pihak Politeknik kepada pihak Bank Islam melalui saluran tertentu dan ternyata permohonan tersebut masih lagi ditolak. Antara faktor penyebab kenapa permohonan itu ditolak adalah disebabkan bilangan pelajar dan staff di PMS yang dikatakan sedikit. Mereka memerlukan jumlah warga yang melebihi 3-5000 orang serta kemudahan akses kepada orang luar. Sudah pastinya kondisi politeknik yang pada ketika itu masih lagi baru menyukarkan pihak pengurusan untuk memenuhi tuntutan mereka.

Kesan daripada tuntutan tidak dapat dipenuhi, pelajar terpaksa bersusah payah menaiki bas dan teksi untuk turun ke Bandar Muadzam semata-mata untuk mengeluarkan wang perbelanjaan yang akan digunakan didalam kawasan politeknik sahaja (Pembelian makanan di kafe & kemudahan pembelajaran di Koperasi). Sudah pastinya ianya menyumbang kepada pertambahan kos pengangkutan dan dimasa yang sama memakan masa. Ini sedikit sebanyak menyusahkan pelajar yang mempunyai jadual yang padat disamping kesempitan masa.

Sudah semestinya kami dipihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang peka dengan keadaan sekeliling (kerana kami seorang pelajar juga) berpendapat pada tahun dan waktu ini adalah saat yang sesuai untuk mengemukakan permohonan baru berdasarkan kepada unjuran bilangan pelajar yang meningkat dari semasa ke semasa disamping pertambahan jurusan baru pada masa akan datang.

Kami percaya, sebagai salah sebuah IPTA yang sedang berkembang, Politeknik Muadzam Shah merupakan tempat yang sangat berpotensi bagi meletakkan kemudahan ini.

Berpegang kepada kenyataan sebenar "Pelajar semakin bertambah, bukan berkurang", sudah pastinya keuntungan dan faedah yang diharapkan itu boleh dinikmati dan memberi kesan yang baik kepada pihak Bank untuk jangka masa panjang.

Dengan aspirasi ini, kami sertakan sekali kertas cadangan untuk diberikan kepada pihak Bank untuk dipertimbangkan.Pertemuan diaturkan pada 23 September 2013.

[ 23 Sept 2013 ]

MPP bersama wakil daripada pihak HEP telah melakukan pertemuan ringkas bersama pengurus bank tempatan [Bank Islam dan Bank Rakyat] bagi menyerahkan kertas cadangan disamping melakukan sedikit perbincangan bagi memenuhi kehendak pihak bank dan dimasa yang sama merealisasikan permintaan warga PMS.Melalui pertemuan bersama 2 orang pengurus daripada Bank Islam dan Bank Rakyat, ini adalah ulasan yang dapat kami simpulkan:

BANK ISLAM
Kami masih lagi melihat kesukaran pihak bank Islam untuk meletakkan mesin ATM mereka di Politeknik Muadzam Shah berdasarkan kepada permintaan mereka untuk melihat unjuran pelajar untuk 3 tahun akan datang. Walaupun realitinya, hampir kesemua pelajar Politeknik Muadzam Shah adalah pelanggan setia Bank Islam kerana mereka terdiri daripada pengguna peribadi dan peminjam PTPTN yang sudah semestinya diwajibkan untuk menggunakan Bank Islam sebagai saluran pengagihan kewangan, ternyata realiti itu bagi mereka tidak boleh dijadikan sandaran yang jaminan kepada keuntungan perniagaan mereka. Jadi pertemuan ini adalah 50/50.

BANK RAKYAT
Daripada pertemuan yang dibuat oleh pihak MPP dan HEP bersama pihak Bank rakyat, kami mendapati pihak Bank Rakyat kelihatan begitu berminat untuk meletakkan mesin ATM mereka di Politeknik Muadzam Shah. Mereka jelas bersungguh untuk membawa permohonan ini ke pihak atasan untuk dibentangkan dan mereka nampak potensi yang ada pada Politeknik ini.
(PMS adalah sebuah IPTA, sudah pasti bilangan pelajarnya bertambah setiap tahun)
Pihak mereka sendiri sudah melakukan kaji selidik dan meneliti kawasan bersesuaian di sekitar Politeknik Muadzam Shah dan mereka berpendapat kawasan sekitar pondok pengawal adalah kawasan yang bersesuaian. Walau bagaimanapun mereka masih tidak mampu memberi jaminan pelaksanaannya selagi ia tidak dibentangkan kepada pihak atasan. Walau bagaimanapun pertemuan itu agak positif.

Itu adalah sedikit ulasan mengenai pertemuan yang telah diaturkan oleh MPP bersama pihak Bank. Jawapan mungkin mengambil masa agak la (3-4 bulan), apapun kita sedang berusaha untuk bergerak kearah itu. Insyaallah, jika ada apa-apa perkembangan terkini mengenai mesin ATM, kami akan maklumkan kepada pelajar.

Berkhidmat untuk Mahasiswa

Azmir Shah
Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Muadzam Shah 
Learn more »

Pertandingan Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 56


Sempena menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama Kelab Kebudayaan dan Kesenian (KKKPMS) telah menganjurkan minggu "Sambutan Minggu Kemerdekaan" yang dijalankan dari 26 - 31 Ogos 2013. Sehubungan dengan itu, pelbagai program menarik yang diaturkan untuk para pelajar sekalian. Antaranya adalah

# Pertandingan berbentuk Patriotisme
# Majlis Perasmian Minggu Kemerdekaan
#Malam Gaya Merdeka Raya
#Majlis Kesyukuran Dan Solat Hajat
#Perarakan Hari Kemerdekaan



Berikut disediakan tentatif program utama.


TENTATIF PROGRAM

PROGRAM      :           MAJLIS PERASMIAN MINGGU KEMERDEKAAN
            
TARIKH           :           27 OGOS 2013 (SELASA)
TEMPAT          :           DEWAN BESAR, POLITEKNIK MUADZAM SHAH

MASA
AKTIVITI PERASMIAN PEMBUKAAN
7:45 Pagi ~ 8:00 Pagi
Ketibaan Pelajar-Pelajar
(Pelajar-Pelajar  Semester  1)
8:00 Pagi ~ 8:15 Pagi
Ketibaan Tetamu VVIP
(Pengarah/T.Pengarah/Ketua-Ketua Jabatan)
8:15 Pagi ~ 8:30 Pagi
Nyanyian Lagu Negaraku,
Nyanyian Lagu Negeri Pahang
Nyanyian Lagu Politeknik Malaysia
8:30 Pagi ~ 8:35 Pagi
Bacaan Doa
8:35 Pagi ~ 9:40 Pagi
Ucapan Alu-Aluan Pengarah Program
(En. Mohd Isa Bin Abdul Rahim)
8:40 Pagi ~ 8:50 Pagi
Ucapan Perasmian Pengarah Politeknik Muadzam Shah
(En. Wan Muhammad Afifi B. Wan Abdullah)
8:50 Pagi ~ 9:00 Pagi
Simbolik Perasmian (Kibarkan Jalur Gemilang)
9:00 Pagi
Majlis Bersurai


PROGRAM      : MALAM GALA MERDEKA RAYA 2013
TARIKH            : 28 OGOS 2013
TEMPAT          : DEWAN BESAR, POLITEKNIK MUADZAM SHAH

Tarikh
Masa
Aktiviti
MALAM GALA MERDEKA RAYA KKKPMS 2013
28 OGOS 2013
(RABU)
8.00pm – 8.45pm
-Kehadiran/Pendaftaran Pelajar
-Sesi Red Carpet
8.45pm – 9.00pm
-Kehadiran VIP
-Persembahan Silat
9.00pm – 9.10pm
Persembahan Pembuka (Persembahan Kreatif)
9.10pm – 9.20pm
- Nyanyian Lagu (NegaraKu / Negeri Pahang /  Politeknik )
-Bacaan Doa
-Ikrar Rukun Negara
-Ucapan Pengarah Politeknik Muadzam Shah
9.20pm – 9.45pm
-Jamuan Dimulakan
- Persembahan Tarian
*Persembahan Nyanyian
9.45pm-10.00pm
Tayangan Video Kemerdekaan
10.00pm – 10.20pm
- Dekon (Teater)
*Persembahan Nyanyian
10.20pm – 10.50pm
- Penyampaian Hadiah
- Anugerah ”Best Dress”
- Cabutan Bertuah
10.50pm – 11.00pm
-Persembahan Penutup (Persembahan Khas)
-Bersurai


























PROGRAM         : MAJLIS KESYUKURAN & SOLAT HAJAT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
TEMPAT            : PUSAT ISLAM, POLITEKNIK MUADZAM SHAH

MASA
AKTIVITI BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT
6:30 Petang ~ 6:50 Petang
Warga PMS berkumpul di Pusat Islam
6:50 Petang ~ 7:50 Malam
Solat Maghrib
7:50 Malam ~ 8:35 Malam
Bacaan Yassin & Solat Hajat
8:35 Malam ~ 8:45 Malam
Doa Selamat & Doa Kesyukuran
8:45 Malam ~ 9:10 Malam
Solat Isyak
9:10 Malam
Bersurai

Kepada pelajar Politeknik yang berminat untuk menyertai pertandingan yang anjurkan oleh kami, berikut disediakan pautan rujukan untuk pertandingan beserta dengan syarat-syarat pertandingan.

- Pertandingan Kuiz Minggu Kemerdekaan ( <- Klik tajuk)
- Pertandingan Mereka Bentuk Poster  ( <-- Klik tajuk)
- Pertandingan Penulisan Kreatif | Perjuangan Belum Selesai  ( <-- Klik tajuk)

Buat pengetahuan anda semua, Majlis Malam Gala Merdeka adalah majlis yang berbentuk ekskusif untuk kehadiran mereka yang mempunyai kad jemputan. Dibawah peruntukan Majlis Perwakilan Pelajar, kami memperuntukkan 200 kad jemputan untuk mereka yang terdiri daripada rakan exco MPP dan para peserta pertandingan Kemerdekaan. Ini bermakna jika anda menyertai pertandingan ini, secara automatiknya anda layak untuk mendapatkan kad jemputan masuk secara PERCUMA.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui laman sosial atau berhubung dengan kami sendiri di Bilik Gerakan MPP berdekatan dengan HEP.

JOM SERTA. =)


Learn more »

Kuiz Sempena Minggu Kemerdekaan


Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke 56, pihak Majlis Perwakilan Pelajar akan menganjurkan Minggu Sambutan Kemerdekaan peringkat Politeknik yaang akan dijalankan selama seminggu. Dalam tempoh masa tersebut, kami menjalankan pelbagai aktiviti menarik untuk anda dan diantaranya adalah pertandingan-pertandingan berbentuk patriotik. Kuiz kemerdekaan adalah salah satu daripada pertandingan yang dijalankan. Jika anda berminat, berikut disediakan syarat-syarat pertandingan.


Syarat-syarat kuiz kemerdekaan:

1. Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Muadzam Shah.
2. Kuiz ini mengandungi 5 soalan objektif, 5 soalan subjektif dan 1 soalan am. Jawab semua soalan.
3. Hadiah akan diberikan kepada 3 orang peserta yang mempunyai markah tertinggi. 
4. Sekiranya lebih daripada 3 orang peserta menjawab dengan tepat, pemenang akan dinilai melalui jawapan yang paling kreatif dan bermakna untuk soalan bernombor 11.
3. Anda boleh memuat turun borang penyertaan disini (klik) dan soalan kuiz disini (klik)
4. Anda juga boleh mengambil salinan "hardcopy" soalan kuiz di bilik MPP dengan percuma dan tanpa sebarang bayaran.
5. Jawapan anda hendaklah diisi dan dihantar sebelum 28 Ogos 2013 jam 5 petang.Anda boleh menghantar penyertaan mengikut kaedah berikut:

Online

Facebook : fb.com/jpppms
e-mel        : mpppms@gmail.com

Offline

Hantar pada Bilik Gerakan MPP
Hantar pada Ahli MPP

6. Setiap penyertaan yang dihantar melayakkan diri anda untuk menerima kad jemputan khas ke Majlis Gala     Merdeka Raya yang akan diadakan pada malam 28 Ogos 2013 dan ianya diberikan secara PERCUMA kepada peserta..

Sebarang pertanyaan anda boleh ajukan sendiri pada kami di Facebook atau Twitter
Learn more »

Pertandingan Mereka Bentuk Poster Kemerdekaan

Sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56, pihak Majlis perwakilan pelajar akan menganjurkan pertandingan mereka bentuk poster yang bertemakan kemerdekaan. Antara syarat pertandingan adalah seperti berikut:

 1. Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Muadzam Shah
2. Penyertaan adalah PERCUMA dan peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja bagi             setiap kategori.
3. Karya mesti bertemakan "Kemerdekaan".
4. Karya mestilah menggunakan perisian Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator yang menggunakan               format saiz A3.
5. Keaslian Diutamakan. DILARANG menciplak atau meniru karya orang lain.
6. Karya digalakkan untuk dihantar didalam bentuk softcopy (jpeg). Walau bagaimanapun, penghantaran           penyertaan didalam bentuk hardcopy juga dibenarkan.
7. Setiap penyertaan hendaklah disertakan sekali dengan borang pendaftaran yang boleh didapati daripada       bilik gerakan Majlis Perwakilan Pelajar atau anda boleh memuat turun borang tersebut dipautan ini. (Klik sini)
8. Setiap penyertaan yang dihantar melayakkan diri anda untuk menerima kad jemputan khas ke Majlis Gala     Merdeka Raya yang akan diadakan pada malam 28 Ogos 2013 dan ianya diberikan secara PERCUMA.
9. Tarikh tutup penyertaan adalah 28 Ogos 2013 jam 5 petang.

Sebarang kesulitan, anda boleh menghubungi pihak kami melalui pautan berikut: Facebook | Twitter
Learn more »

Pertandingan Penulisan Kreatif | Perjuangan Belum Selesai


Gambar di atas merupakan sebongkah rubik dengan tulisan dibawahnya "Perjuangan Belum Selesai". Berdasarkan kepada kreativiti anda sebagai seorang Mahasiswa/i, karangkan sebuah penulisan kreatif yang bertemakan kemerdekaan berdasarkan klue diatas.

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik Muadzam Shah.
2. Penulisan boleh dihantar didalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
3. Tiada had maksimum untuk penulisan yang baik. Walau bagaimanapun had minimum adalah 120 patah perkataan sahaja.
4. Konsep penulisan adalah bebas. Walau bagaimanapun, para peserta dikehendaki mematuhi tema penulisan iaitu bertemakan KEMERDEKAAN dan menggunakan hukum-hukum bahasa yang betul.
5. Penulisan mestilah ASLI. Peserta akan dibatalkan penyertaan jika didapati mengambil jalan mudah dengan “COPY PASTE” daripada internet.
6. Kaedah penilaian adalah seperti berikut:
  • Penggunaan bahasa yang baik.
  • Kreativiti merungkai perspektif daripada sejarah, isu semasa dan sebagainya.
  • Pandangan anda sendiri menjawab isu  “Perjuangan Belum Selesai”.

7. Penyertaan boleh dihantar melalui “softcopy” ataupun “hardcopy”.
8. Anda boleh menghantar penyertaan anda terus ke bilik gerakan Majlis Perwakilan Pelajar (Berdekatan dengan HEP) atau melalui facebook kami di http://fb.com/jpppms . Sila kempilkan sekali borang penyertaan yang bolehi didapati melalui bilik MPP atau melalui pautan berikut: Klik Sini
9. Tarikh tutup penyertaan adalah : 28hb Ogos 2013, 5 Petang.
10. Setiap penyertaan melayakkan anda untuk menerima kad jemputan khas ke Majlis Gala Merdeka Raya yang akan diadakan pada 28 Ogos 2013.




Sebarang kesulitan, anda boleh menghubungi kami melalui talian berikut:
Facebook : fb.com/jpppms
Twitter     : @mpppms
E-mel        : mpppms@gmail.com
Telefon    :  017-6591091


Learn more »