Berita Terkini

Showing posts with label #Usulan #MPPPMS #MPPPMS15 #MajlisPerwakilanPelajar #PoliteknikMuadzamShah. Show all posts

PERMOHONAN MEMANJANGKAN WAKTU KELUAR MASUK PELAJAR KE POLITEKNIK MUADZAM SHAH



Adalah dimaklumkan bahawa Exco Disiplin Majlis Perwakilan Pelajar memohon kebenaran dari pihak pengurusan untuk memanjangkan waktu keluar masuk pelajar ke Politeknik Muadzam Shah.

Berdasarkan peraturan Politeknik Muadzam Shah kemasukan waktu keluar masuk pelajar ke politeknik adalah pada pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Oleh demikian, Majlis Perwakilan Pelajar memohon memanjangkan waktu keluar masuk pelajar ke politeknik pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.

Antara sebab-sebab waktu masuk ke politeknik perlu dipanjangkan :
  
NO.
ADUAN
1.
Masa yang ditetapkan tidak bersesuaian untuk masuk ke politeknik.
2.
Jarak perjalanan dari rumah ke politeknik mengambil masa yang lama.
3.
Kekurangan kemudahan bas ekpress.

Walau bagaimanapun, pelajar adalah tertakluk dibawah peraturan yang berkuatkuasa. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran disiplin, tindakan akan diambil dan kebenaran ini akan dikaji semula.       


"SUARA HATI ANDA MATA PENA KAMI" 
Learn more »

TATACARA PEMAKAIAN PELAJAR SEMASA KELUAR KAMPUS


Untuk makluman, sebelum ini pelajar dikejutkan dengan larangan memakai selipar dan pelajar perlu memakai t-shirt berkolar semasa keluar kampus tanpa sebarang hitam putih dan pemberitahuan terlebih dahulu. Banyak saman yang dikenakan kepada pelajar atas kesalahan tidak mengikut etika / tatacara pemakaian keluar kampus.

Perkara ini telah dibawa ke peringkat pengurusan untuk menggariskan tatacara pemakaian pelajar semasa keluar kampus supaya pelajar mahupun staf Politeknik Muadzam Shah tidak terkeliru serta lebih jelas mengenai tatacara pemakaian pelajar.


Walau bagaimanapun, pelajar adalah tertakluk dibawah peraturan yang berkuatkuasa. Sekiranya terdapat pelanggaran disiplin, tindakan akan diambil dan kebenaran ini akan dikaji semula.

a) Baju “T” berkolar (tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik).
b) Baju kemeja samada berlengan panjang atau pendek. Baju perlu dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). 
c) seluar slack dan berpoket tampal. (Jeans dan denim tidak dibenarkan).
d) Berkasut formal gelap (kasut berwarna gelap atau campuran plastik atau jenis baldu) serta berstokin. Kasut sukan tidak dibenarkan sama sekali.
e) Pemakaian ‘neck-tie’ amatlah digalakkan.
f) Bagi kuliah kokurikulum Polibriged dan kelab beruniform (t-shirt berkolar kosong, seluar track dan berkasut sukan) yang ditentukan oleh Jabatan/Unit masing-masing.
g) Berbaju Melayu mesti bersongkok dan bersampin pada hari Jumaat dan amatlah digalakkan.
h) Berbaju Batik pada hari Khamis amatlah digalakkan.
i) Dilarang memakai tali pinggang yang mempunyai saiz kepala tidak melebihi 1.5 inci serta tidak berfesyen.
j) Rambut hendaklah pendek dan tersisir rapi dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.
k) Sebarang jenis fesyen seperti afro, punk, berekor diwarnakan dan botak tidak dibenarkan.

a) Baju kurung, blaus, baju bengkel, baju korporat, kemeja, punjabi dan jubah. (baju muslimah dibenarkan pada kuliah waktu malam).
b) Baju hendaklah dipakai dengan kain dan berkain dalam. (kecuali baju bengkel, kemeja & punjabi).
c) Kain hendaklah longgar dan tidak jarang.
d) Pemakaian kain belah adalah DILARANG. 
e) Baju tidak ketat, tidak jarang dan tidak mencolok mata. 
f) Lengan baju melebihi pergelangan tangan. 
g) Pemakaian baju yang ketat sehingga menampakkan tubuh badan adalah DILARANG. 
h) Pemakaian baju bengkel bersama seluar (tidak ketat). 
i) Memakai tudung beserta anak tudung. Menutupi dada (muslim). 
j) Pemakaian skirt mestilah melepasi paras lutut (pelajar bukan Islam). 
k) Seluar slack dan track tidak ketat (pelajar bukan Islam). 
l) Memakai kasut bertutup. 
m) Pakaian sukan:-
·      Berbaju t-shirt sama ada berkolar atau tidak berkolar.
·      Memakai track suit.
·      Berkasut sukan dan berstokin.
1. Kasut bertutup dan berwarna gelap. (kasut sukan dilarang sama sekali) 
2.Memakai stokin.


a) Pakaian keluar kampus selepas waktu pejabat & hujung minggu.
b) Baju “T” berkolar dan tidak berkolar (tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik).
c) Berseluar slack dan track (jeans dan denim tidak dibenarkan).
d) Berkasut dan sandal.
e) Dilarang memakai tali pinggang yang mempunyai saiz kepala tidak melebihi 1.5 inci serta tidak berfesyen.
f) Rambut hendaklah pendek dan tersisir rapi dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.
g) Sebarang jenis fesyen seperti afro, punk, berekor diwarnakan dan botak tidak dibenarkan.

a) Pakaian keluar kampus selepas waktu pejabat & hujung minggu
b) Baju kurung, blaus, baju korporat, baju bengkel dan baju labuh muslimah (bawah punggung)
c) Baju hendaklah dipakai dengan kain yang longgar dan tidak jarang (Berkain dalam).
d) Pemakaian kain belah adalah DILARANG.
e) Baju tidak ketat, tidak jarang dan tidak mencolok mata.
g) Pemakaian baju yang ketat sehingga menampakkan tubuh badan adalah DILARANG.
h) Memakai tudung beserta anak tudung. menutupi dada (muslim).
i) Seluar slack dan track tidak ketat (pelajar bukan Islam).
j) Berkasut atau sandal.


KASUT / SANDAL YANG DIBENARKAN KELUAR KAMPUS


KASUT YANG DILARANG



"SUARA HATI ANDA MATA PENA KAMI"
Learn more »