Berita Terkini

Showing posts with label #MPPPMS #MPPPMS15 #MajlisPerwakilanPelajar #PoliteknikMuadzamShah. Show all posts

#SehatiSejiwa : PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-58


Terma & Syarat Pertandingan


Objektif
Pertandingan melukis  poster adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan. Dengan ini, pelajar Politeknik Muadzam Shah boleh bergiat aktif dalam sebarang aktiviti yang  dijalankan di PMS ini. selain itu, mencungkil bakat pelajar dalam seni lukisan.Tambahan pula, pelajar dapat menghayati kehangatan kemerdekaan yang dicapai oleh Negara Malaysia .

Peraturan umum
Peserta perlu mengikut terma dan syarat pertandingan sepanjang masa pertandingan dan tidak boleh melanggarinya sehingga tamat pertandingan.Tindakan akan diambil jika peserta melanggar sebarang terma dan syarat.

Tempoh masa pertandingan
Pertandingan Melukis Poster bermula dari 16 hingga 24 Ogos 2015.

Terma&syarat
1) Terbuka kepada semua mahasiswa/i Politeknik Muadzam Shah.
2) Lukisan mestilah menggunakan tangan. Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan..
3) Peserta perlu menggunakan drawing block untuk melukis poster.
4) Peserta bebas menggunakan sebarang pewarna.
5) Tajuk / kapsyen / penerangan menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja.
6) Poster mestilah terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan cetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
7) Lukisan poster mestilah hasil karya sendiri.
8) Poster perlu mengikut dan menyokong TEMA Kemerdekaan ke-58 #sehatisejiwa.
9) Peserta perlu menghantar hasil karya dalam sampul surat bersama-sama lampiran borang peryertaan serta tuliskan di atas sampul surat tersebut:- 

Nama :
No matrik:
No. kad pengenalan :
No. telefon
Jabatan:

10) Anda boleh menghantar penyertaan kepada:-
- Hantar di Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar (bawah Pejabat HEP)
- Hantar pada ahli Majlis Perwakilan Pelajar 

11) Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang hasil karya peserta untuk tujuan publisiti dan promosi.
12) Anda boleh dapatkan borang penyertaan di jabatan masing-masing, Bilik Gerakan MPP atau memuat turun borang penyertaan disini (klik)

Criteria permarkahan juri
1.    Kreativiti - 30%
2.    Tema - 10%
3.    Teknik warna - 10%                                
4.    Aplikasi teknik melukis terbaik - 15%
5.    Kekemasan dan kebersihan poster - 15%
6.    Tajuk / kapsyen / penerangan yang menggunakan bahasa yang menarik - 10%
 
Hasil karya  dan borang penyertaan perlu dihantar dalam tempoh masa yang  telah ditetapkan .Tarikh akhir menghantar karya pada 24 Ogos 2015 (Isnin).
Learn more »

MALAYSIA BOOK OF RECORDS: “THE LARGEST PARTICIPATION IN A TAI CHI GONG SESSION”


Tarikh: 31 Julai 2015 (Jumaat)
Tempat: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
Learn more »

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN #SalamAidilfitri


Saf pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah sesi 2015 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga Politeknik Muadzam Shah.

تقبل الله منا ومنكم

Learn more »

MAJLIS PERASMIAN MOTIVASI RAMADHAN, KHATAM AL-QURAN & PELANCARAN SAHABAT YADIM POLITEKNIK MUADZAM SHAH


Tarikh: 8 Julai 2015 (Rabu)
Tempat: Pusat Islam, Politeknik Muadzam Shah

Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran Timbalan Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dengan diiringi Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Ahli Mesyuarat Pengurusan, barisan staff dan saf pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.

Selepas Majlis Perasmian Motivasi Ramadhan Karim & Pelancaran Sahabat YADIM Politeknik Muadzam Shah, majlis disambung dengan Ceramah Ihya' Ramadhan oleh Ustaz Izhar Jumali (nowseeheart).

Pada sebelah petang pula diadakan Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Iftar Perdana Politeknik Muadzam Shah di Pusat Islam.

 Ketibaan Timbalan Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dengan diiringi Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En. Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah

 Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Taha Bin Rulam Ahmad

 Ucapan Pengarah Politeknik Muadzam Shah

Ucapan perasmian oleh  Timbalan Yang Dipertua YADIM

 Gimik Pelancaran 





 Ceramah Ihya' Ramadhan oleh Ustaz Izhar Jumali (nowseeheart)


Saf pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi Jun 2015

 Keratan akhbar di Utusan Malaysia - 9 Julai 2015
Learn more »

MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM SMKA PAHANG


Tarikh: 05 Julai 2015 (Ahad)
Tempat: Pusat Islam, Politeknik Muadzam Shah
Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar

Pada 5 Julai 2015 bersamaan hari Ahad, Exco Kesukarelawan Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Majlis Iftar Bersama Anak-anak Yatim Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang (SMKA Pahang). Seramai 19 orang anak yatim terlibat dalam program ini. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sebelum Majlis Iftar berlangsung antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Santai Rekreasi di Tasik PMS.


















Learn more »

CERAMAH NUZUL AL-QURAN


Tarikh: 30 Jun 2015 (Selasa)
Tempat: Pusat Islam, Politeknik Muadzam Shah
Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar (Exco Kerohanian) dengan kerjasama Rakan Pusat Islam (RAPI)
Penceramah: Ustaz Nazmi






Learn more »

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN 1436 HIJRAH


Saf pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah sesi 2015 mengucapkan

"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA"

kepada seluruh warga Politeknik Muadzam Shah. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna!
Learn more »

PERASMIAN MINGGU SUAI KENAL (MSK) SESI JUN 2015


Tarikh: 17 Jun 2015 (Rabu)
Tempat: Dewan Besar Politeknik Muadzam Shah













Learn more »