WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015


TARIKH:
27 JANUARI 2015

MASA:
2:30 PETANG

TEMPAT:
DEWAN KULIAH UTAMA

ANJURAN:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah sesi 2015 telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 27 Januari 2015 (selasa) pada jam 2 petang di Dewan Kuliah Utama. Majlis rasmi ini telah dihadiri oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah, Timbalan Pengarah (Akademik), Tuan Hj Nor Rahim Bin Muhayat dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Puan Khuzaimah Binti Baharuddin. Majlis watikah ini juga turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan RekaBentuk Komunikasi Visual (JRKV), Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Perlancongan Dan Hospitaliti (JPH), Unit Hal Ehwal Pelajar (U-HEP) dan Wakil Pelajar.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian dan Moral disusuli dengan ucapan dari Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, Khairul Hafiz Bin Kalim. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah. Seterusnya, pemberian watikah perlantikan telah dijalankan bermula dari Exco Pembimbing Rakan Sebaya dan diakhiri dengan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh kesemua ahli Jawatankuasa MPP. Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar juga telah memperkenalkan Spirit of Champion kepada wakil pelajar yang telah hadir pada majlis watikah tersebut. 

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan sesi berdialog MPP bersama Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Ahli Jawatankuasa MPP mengemukakan beberapa isu berbangkit kepada Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengangkutan semasa cuti raya, perkhidmatan baitulmal bantuan pelajar, isu pelajar sampai ke politeknik melebihi pukul 8 malam, isu bilik rekreasi pelajar di kamsis serta isu WiFi PMS yang tidak boleh digunakan dan isu gelanggang futsal yang tidak dibuka kepada pelajar politeknik.

Majlis diakhiri dengan tasbih kifarah dan sesi bergambar ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar bersama Pengarah Politeknik Muadzam Shah dan Ketua-ketua Jabatan yang hadir.
                                  
Bacaan Ikrar Watikah yang diketuai oleh Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2015 


Bergambar bersama Pengarah, Timbalan Pengarah (Akademik), Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ketua-ketua Jabatan & Pensyarah PMS



0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)

GOTONG-ROYONG BILIK GERAKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Tarikh: 24 Januari 2015 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar 


Objektif aktiviti ini diadakan ialah untuk membersihkan dan menceriakan bilik gerakan MPP.


0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)

HARI PENDAFTARAN KELAB


Tarikh : 22 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 12.00 tengahari - 5.00 petang
Tempat : Bangunan HEP, Politeknik Muadzam Shah

Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan Hari Pendaftaran Kelab Rakan Exco yang bertempat di Bangunan HEP. Terdapat beberapa kelab yang turut terlibat antaranya Pembimbing Rakan Siswa (PRS), Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Rakan Pusat Islam (RAPI) dan Kelab Kebudayaan dan Kesenian (KKK)

Program ini menjadi platform untuk mahasiswa/i Politeknik Muadzam Shah menyertai kelab-kelab di Politeknik Muadzam Shah.






0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)

BERLIQA


TARIKH:
22 JANUARI 2015

MASA:
 5:30 PETANG HINGGA 10 MALAM

TEMPAT:
PUSAT ISLAM

ANJURAN:
RAKAN PUSAT ISLAM (RAPI)

Rakan Pusat Islam (RAPI) telah mengadakan aktiviti rewang bersama ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), JawatanKuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) dan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) pada 22 Januari 2015 yang lalu. Aktiviti rewang ini disertai oleh semua ahli aktif dan exco-exco tertinggi dari JPKK, RAPI, MPP, dan PRS. Aktiviti ini diadakan di perkarangan Pusat Islam (PI) bermula selepas solat Asar dan berakhir selepas solat Isyak berjemaah di pusat islam. Ahli RAPI juga telah menyediakan makanan untuk semua mereka yang terlibat dengan aktiviti ini. Selain itu, MPP juga buat pertama kalinya telah memperkenalkan ahli jawatankuasa mereka yang baru kepada RAPI, JPKK dan PRS.

Aktiviti taaruf juga telah dijalankan dimana JPKK, RAPI, PRS dan MPP dikehendaki duduk bersebelahan dan mereka perlu mengingati nama dan jabatan ahli jawatankuasa lain yang duduk bersebelahan dengan mereka. Jika sesiapa yang gagal mengingatinya, kesemua ahli jawatankuasa akan dikenakan denda.

 Tujuan aktiviti rewang ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin- pemimpin ini (MPP, RAPI, JPKK dan PRS). Disamping itu, MPP juga telah mengambil kesempatan ini dengan memperkenalkan “SPIRIT OF THE CHAMPION” yang juga merupakan trademark bagi Politeknik Muadzam Shah kepada RAPI, PRS dan JPKK.




0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)

KEM KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH



TARIKH:
16 JANUARI 2015 – 18 JANUARI 2015

TEMPAT:
KINGFISHER ECO RESORT, HULU LANGAT SELANGOR

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL PELAJAR (U-HEP)

             Pada 16 Januari hingga 18 Januari 2015, para pelajar daripada ahli jawatankuasa baru Majlis Perwakilan Pelajar telah mengikuti program Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar di Kingfisher Eco Resort, Hulu Langat,Selangor. Tujuannya adalah untuk membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan serta meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan dan komunikasi.

            Program bermula pada 16 Januari (Jumaat) dimana peserta diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program dan para peserta dipecahkan kepada kumpulan zon A dan kumpulan zon B oleh fasilitator Extract Training Consultant. Aktiviti Ice Breaking bermula selepas solat Asar dimana peserta dibahagikan kepada dua bulatan. Pada malamnya pula, para peserta telah melakukan aktiviti Timang-timang Sayang bersama-sama dimana kesemua kumpulan perlu melaksanakan permainan sehingga berjaya.

            Hari kedua program telah bermula seawal  7 pagi selepas solat Subuh berjemaah. Aktiviti pertama yang telah dijalankan adalah Menara Impian di mana para peserta perlu melengkapkan akitiviti di dalam kumpulan zon A dan di ikuti dengan permainan Train of Fortune  yang perlu dilakukan oleh kumpulan di dalam zon B. Aktiviti seterusnya dijalankan pada pukul 12 tengahari iaitu aktiviti Jungle Tracking menuju ke tempat Air Terjun. Para peserta diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program terlebih  dahulu sebelum aktiviti bermula. Untuk aktiviti seterusnya, peserta-peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan kumpulan mereka untuk melakukan aktiviti Jungle Cook di dalam kumpulan zon A.  Aktiviti seterusnya telah dijalankan selepas solat Zohor berjemaah. Para peserta perlu membina bangunan masa hadapan yang berkualiti dan mampu dibeli dengan menggunakan pasir, My Future Building. Selepas aktiviti tamat, peserta-peserta telah bertolak pulang ke kem dan menyambung aktiviti di kawasan kem. Aktiviti di kawasan kem telah bermula selepas solat Asar yang juga merupakan aktiviti yang melibat air. Peserta dipecahkan kepada kumpulan zon B dan perlu menyelesaikan permainan Floating Brick ,dimana setiap kumpulan perlu mengapungkan sebuah bata dengan menggunakan 10 biji belon dan seutas tali. Aktiviti diteruskan dengan permainan Bigger Ballon dimana setiap kumpulan perlu memasukkan sebanyak mungkin air didalam belon yang diberikan dengan menggunakan sebiji botol kosong tanpa kemasukan ada angin.

            Pada malamnya pula, semua aktiviti telah dijalankan selepas solat Maghrib. Aktiviti pertama dijalankan ialah Tepuk Semangat. Para peserta diajar tepuk semangat dan perlu mengingatinya untuk ditunjukkan pada majlis penutup pada keesokkan harinya. Aktiviti kedua ialah, Animal Song. Setiap kumpulan diberi satu tugasan untuk mencipta sebuah lagu pendek berdasarkan jenis haiwan yang diberi bagi setiap kumpulan.

            Hari ketiga ialah hari terakhir para peserta di kem. Para peserta telah menjalankan  aktiviti Botol Kicap untuk meguji kecerdasan minda para peserta. Selepas itu, setiap kumpulan diberi tugasan untuk bergotong-royong membersihkan dewan bagi majlis penutup yang akan dijalankan pada hari tersebut. Majlis Penutup Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Puan Khuzaimah Binti Baharuddin dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Encik Mohd Fuaad Bin Fesul. Sesi bergambar bersama fasilitator Extract Training Consultant telah dijalankan selepas tamat majlis penutup. Kesemua program dan aktiviti yang telah berlangsung di kem telah berjalan dengan jayanya atas bantuan tiga orang penyelaras program iaitu Encik Jamadeel Izwan Bin Ibrahim, Puan Mahanim Binti Hasnan dan Ustazah Tengku Radziatan Mardziiah Binti Tengku A. Razak.









0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)