Laporan Pertemuan Bersama Jawatankuasa Kafetaria


Laporan soal selidik mengenai Kafeteria Politeknik Muadzam Shah,Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Muadzam Shah,Pahang.Alhamdulillah,saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi peluang kepada saya untuk meneruskan perjuangan di sini.Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ingin mengemukakan laporan mengenai perkhidmatan kafeteria di Politeknik Muadzam Shah yang tidak memuaskan.

Baru-baru ini, Mohd Nadzmi bin Mohd Nor merangkap Yang Dipertua Pelajar (YDP) dan saya Azit Azat bin Suhaimi merangkap Naib Yang Dipertua Pelajar 1(NYDP1) telah mengadakan satu pertemuan dengan En.Nasrudin bin Sairi (Ketua Jabatan Pelancongan&Hospitaliti) dan juga Pn.Nur Hashimah binti Said (Pensyarah Pelancongan&hospitaliti) bagi membincangkan tentang permasalahan pelajar mengenai kafe kerana kafe berada dibawah tanggungjawab En Nasrudin. Antara perkara yang dibangkitkan oleh pihak kami adalah seperti berikut:

Isu Kebersihan Di Kafe
 Kebersihan kafe adalah perkara pertama yang dibangkitkan oleh pihak kami memandangkan inilah perkara yang seringkali diadukan kepada kami oleh pelajar. Daripada respon yang kami dapat daripada perbincangan ini, kami diberitahu yang kebersihan kafe diletakkan diatas pelajar itu sendiri.Ini kerana sudah menjadi tabiat pelajar di PMS meninggalkan pinggan dan gelas yang digunakan diatas meja.

Dipihak kami, mungkin ada benarnya apa yang mereka kata,tetapi kami ada bertanya kepada En.Nasrudin “adakah pihak kafereria ada menyediakan tempat khas untuk meletakkan pinggan di kawasan sekitar kafeteria? Kalau tidak ada maka wujudkan satu kawasan khas di kawasan kafeteria untuk tempat meletakkan pinggan dan cawan selepas makan”.

Secara keseluruhannya walaupun pelajar meletakkan pinggan di tempat yang sepatutnya, masalah kebersihan masih lagi membelenggu pelajar. Meja yang kotor (tidak berlap) dan lalat yang berterbangan disekitar tempat pelajar membeli makanan adalah masalah utama sebenarnya.

Kami bimbang dengan persekitaran yang tidak bersih,kejadian seperti keracunan makanan boleh berlaku.
Hasil daripada perbincangan antara pihak kami dan En.Nasrudin, telah kami peroleh cara yang dan tindakan yang perlu diambil sekiranya terdapat makanan yang tidak bersih :

1.      Simpan bukti makanan yang kotor.
2.      Laporkan kepada Jawatankuasa Kolej Kediaman.
3.      Jawatankuasa Kolej Kediaman membuat surat aduan.
4.      Pemantauan secara sulit dari pihak En.Nasrudin dan rakan yang bertugas.
5.      Pihak Kementerian Kesihatan dipanggil untuk membuat siasatan.
6.      Tempoh kontrak pengusaha kafeteria dipendekkan sekiranya tidak menepati persetujuan di dalam kontrak yang telah dipersetujui.



Gambar 1.1
Jadual pemantauan kafeteria Politeknik Muadzam Shah

Permasalahan Harga Di Kafe

Daripada aspek harga makanan pula ianya dikenakan kepada pelanggan khususnya kepada pelajar sangat tidak memuaskan.Sebagai contoh,harga yang dikenakan kepada pelajar yang berbeza diwaktu yang sama mengambil nasi putih sepinggan,lauk ayam dan juga ½ telur masin dikenakan harga RM 5.50,itu tidak termasuk dengan harga minuman.Soalan yang kami tujukan kepada En.Nasrudin “mengapakah pengusaha kafeteria tidak meletakkan harga tetap bagi makanan dan lauk yang disediakan?”.Apa yang dijawab oleh En.Nasrudin ialah “mengenai harga kami tidak boleh menetapkan harga,akan tetapi kami ada memberi mereka peluang untuk menawarkan harga mereka bagi setiap makanan yang mereka ingin jual dan dibandingkan dengan harga yang kami sasarkan.Sebagai contoh harga 1 kuantiti kuih karipap RM0.40 manakala harga yang kami tetapkan adalah RM0.50 seketul.Seandainya harga yang ditawarkan itu kurang daripada harga yang kami tetapkan mereka boleh mendapatkan kontrak untuk berniaga di cafeteria yang disediakan di Politeknik Muadzam Shah”.

Ini tidak memenuhi kehendak soalan yang kami tujukan kepadanya,bagaimana cara yang boleh kami bantu pelajar berkenaan harga yang diletakkan dapat sekiranya mereka tidak mahu beri kerjasama yang baik dengan kami.Namun,kami mempunyai alternatif lain iaitu dengan mencatat untuk dibuat laporan dan membuat aduan melalui surat aduan(memo).Gambar 1.1 dibawah merujuk kepada tawaran baru kepada pengusaha baru yang mahu mengikat kontrak dengan Politeknik Muadzam Shah,Pahang.Dengan adanya kontrak ini,pihak kami mengharapkan pengusaha baru yang ada nanti akan jauh lebih baik berbanding dengan kafeteria yang sedia ada sekarang.

Gambar 1.1

Dalam masa yang terdekat ini ,pihak En.Nasrudin telah menyatakan kepada kami kemungkinan akan akan ada penambahan kafe sebanyak 4 buah lagi.Dengan adanya penambahan ini En.Nasrudin menjangkakan akan ada berlakunya persaingan diantara mereka dari aspek kebersihan dan juga harga sekaligus memberi keuntungan kepada pelajar untuk membuat pilihan.

Dengan itu,kami sebagai jawatankuasa perwakilan pelajar mengharapkan agar tindakan daripada pihak pengurusan diambil dengan segera bagi membanteras permasalahan harga dan juga isu kebersihan di kafeteria jangan hanya seperti laksamana menggantap asap,mengukir langit.Kami tidak mahu perkara ini diambil sebagai perkara yang remeh-temeh untuk diselesaikan.


‘SUARA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA’




(AZIT AZAT BIN SUHAIMI)
Naib Yang Dipertua 1
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Muadzam Shah

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)