Berita Terkini

Semakan Draf Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik KPT


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
 
 1. Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik KPT Sesi Disember 2016 akan dijalankan pada 01 - 15 April 2017. 
 
2. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dipohon untuk memaklumkan dan memaparkan Draf Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik KPT Sesi Disember 2016 yang dilampirkan ini kepada pelajar untuk semakan ATAU melalui capaian laman web Jabatan Pengajian Politeknik (http://mypoliteknik.edu.my/) pada pautan PELAJAR > DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SELARAS POLITEKNIK KPT SESI DISEMBER 2016. 
 
Semakan Draf Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik KPT Sesi Disember 2016 juga boleh dibuat melalui telefon pintar dengan sokongan Android Play Store menggunakan aplikasi MyExam Poly Malaysia. 
Ruang memberi maklumbalas bagi draf jadual waktu ini hanya untuk tempoh 31 Januari - 17 Februari 2017 melalui emel kepada jadualexam@googlegroups.com 
 
4. Disertakan juga FAQ bagi kes-kes yang biasa mendapat perhatian untuk panduan tuan/puan. Sebarang masalah atau pertanyaan boleh diajukan melalui email kepada jadualexam@googlegroups.com.

Anda boleh install application MyExam Poly utk maklumat lanjut.
Learn more »

CARTA ORGANISASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2017

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
POLITEKNIK MUADZAM SHAH

SESI 2017

"Memimpin melalui Teladan"


MAJLIS TERTINGGI

YANG DI-PERTUA
MUHAMMAD AIDIL AZHAR BIN MOHD RADZI
 
NAIB YANG DI PERTUA I
TENGKU MUHAMMAD HAFIZUDIN BIN TENGKU HARIS
 
NAIB YANG DI PERTUA II
AINUR ELISYAH BINTI MUHAMMAD BAKHTIAR
 
SETIAUSAHA AGUNG
NUR SYAFIQAH BINTI ABDUL LATIP
 
NAIB SETIAUSAHA AGONG
MUHAMMAD OSMAN BIN M NORMAN
  
BENDAHARI KEHORMAT
MUHAMMAD ALIFF SYAZZWAN BIN ZAINAL


JAWATANKUASA EXCO

EXCO DOKUMENTASI
NURUL SHAMILA BINTI NORIZAN 

EXCO PUBLISITI & MULTIMEDIA
MUHAMMAD SHAZWIE BIN ABDUL JALIL 

EXCO KEBAJIKAN & SOSIAL
MUHAMMAD ZULFIKRI BIN GHAZLAN 

EXCO AKADEMIK & INOVASI
WAN MUHAMMAD ZULHILMI BIN WAN YA'ACOB 

EXCO HAL EHWAL SISWI
CHE WAN NUR IZZATY BINTI CHE WAN MOHAMMAD NOORDIN 

EXCO INTEGRASI NASIONAL

SUGENTIRA A/L SUBRAMANY 

EXCO KOLABORASI & PERANTARABANGSAAN

AMIRA AIN BINTI ABU HASSAN 

EXCO SUKAN & REKREASI
FIRDAUS BIN HASHIR 

EXCO KEBUDAYAAN & WARISAN
AHMAD HAZIQ BIN MOHD SALLEH
 

EXCO KEUSAHAWANAN & KERJAYA
NUR FAZLIANA BINTI MAT NASIR 

EXCO PEMBIMBING RAKAN SISWA
AHMAD FAKHRI IZZAT BIN AHMAD FUAD 

EXCO KOMUNIKASI KORPORAT

NURUL NAJIHAH BINTI SAEDIN
 

EXCO KESUKARELAWANAN

FADHLIYATUN FARAH BINTI MAHADI 

EXCO JABATAN

NUR ATIKAH NADHIRAH BINTI NORIZAN 

EXCO DISIPLIN
AIDIL IKHWAN BIN ZAIRUL ANUAR 

EXCO KEROHANIAN & MORAL
MUHAMMAD ANIF BIN MD NAZIR 

EXCO KOLEJ KEDIAMAN
MOHAMMAD ARIF IKHWAN BIN MOHD KAMAL
Learn more »

Majlis Watikah Perlantikan MPP Sesi 2017

TARIKH:
10 JANUARI 2017
 
MASA:
2:30 PETANG

TEMPAT:
BILIK SEMINAR 2 (ULPL)

ANJURAN:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2016

Mantan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah sesi 2016 telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017 pada 10 Januari 2017 (selasa) pada jam 2:30 petang di Bilik Seminar 2. Majlis rasmi ini telah dihadiri oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah dan Timbalan Pengarah (Akademik) Tuan Hj Nor Rahim Bin Muhayat. Majlis watikah ini juga turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan RekaBentuk Komunikasi Visual (JRKV), Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti (JPH), Unit Hal Ehwal Pelajar (U-HEP), Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), dan Wakil Pelajar.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil RAPI disusuli dengan ucapan dari Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017, Muhammad Aidil Azhar bin Mohd Radzi. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah. Seterusnya, pemberian watikah pelantikan telah dijalankan bermula dari Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar dan diakhiri dengan Exco Kediaman Pelajar. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh kesemua ahli Jawatankuasa MPP yang diketuai oleh Yang Di-Pertua MPP.
 Image may contain: 1 person, standing
 Ucapan daripada Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan sesi Dialog MPP bersama Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Ahli Jawatankuasa MPP mengemukakan beberapa isu berbangkit kepada Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengangkutan bas shuttle, sistem scanner, perkhidmatan baitulmal bantuan pelajar, dan isu keselamatan kamsis blok 6 perempuan. 

Majlis diteruskan dengan pelancaran tabung "Pakat Menderma Seringgit"
PMS oleh Tuan Pengarah Politeknik Muadzam Shah.

Majlis diakhiri dengan tasbih kifarah dan sesi bergambar ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017 bersama Pengarah Politeknik Muadzam Shah dan Ketua-ketua Jabatan yang hadir.
 
 Bergambar bersama Pengarah, Timbalan Pengarah (Akademik), Ketua-ketua Jabatan & Pensyarah PMS.
Learn more »