Majlis Watikah Perlantikan MPP Sesi 2017

TARIKH:
10 JANUARI 2017
 
MASA:
2:30 PETANG

TEMPAT:
BILIK SEMINAR 2 (ULPL)

ANJURAN:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2016

Mantan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah sesi 2016 telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017 pada 10 Januari 2017 (selasa) pada jam 2:30 petang di Bilik Seminar 2. Majlis rasmi ini telah dihadiri oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah dan Timbalan Pengarah (Akademik) Tuan Hj Nor Rahim Bin Muhayat. Majlis watikah ini juga turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan RekaBentuk Komunikasi Visual (JRKV), Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti (JPH), Unit Hal Ehwal Pelajar (U-HEP), Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), dan Wakil Pelajar.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil RAPI disusuli dengan ucapan dari Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017, Muhammad Aidil Azhar bin Mohd Radzi. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah. Seterusnya, pemberian watikah pelantikan telah dijalankan bermula dari Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar dan diakhiri dengan Exco Kediaman Pelajar. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh kesemua ahli Jawatankuasa MPP yang diketuai oleh Yang Di-Pertua MPP.
 Image may contain: 1 person, standing
 Ucapan daripada Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan sesi Dialog MPP bersama Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Ahli Jawatankuasa MPP mengemukakan beberapa isu berbangkit kepada Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengangkutan bas shuttle, sistem scanner, perkhidmatan baitulmal bantuan pelajar, dan isu keselamatan kamsis blok 6 perempuan. 

Majlis diteruskan dengan pelancaran tabung "Pakat Menderma Seringgit"
PMS oleh Tuan Pengarah Politeknik Muadzam Shah.

Majlis diakhiri dengan tasbih kifarah dan sesi bergambar ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017 bersama Pengarah Politeknik Muadzam Shah dan Ketua-ketua Jabatan yang hadir.
 
 Bergambar bersama Pengarah, Timbalan Pengarah (Akademik), Ketua-ketua Jabatan & Pensyarah PMS.

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)