PILIHANRAYA KAMPUS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2016


Calon Exco Majlis Perwakilan Pelajar dikehendaki bagi tahun 2016. Oleh itu, semua pelajar adalah dialu-alukan untuk menawarkan diri sebagai calon Pilihanraya Kampus.

MAKLUMAT PILIHANRAYA

1) PENYIARAN NOTIS PILIHANRAYA
TARIKH: 02 NOVEMBER 2015 (RABU)


2) PENAMAAN CALON
 TARIKH: 15 DISEMBER 2015 (SELASA)
TEMPAT: RUANG KAFETERIA (ASRAMA)
MASA: 9.00 AM - 4.00 PM
(*Terdiri daripada 3 orang: calon, pencadang, penyokong)

3) AKTIVITI BERKEMPEN
TARIKH: 15 - 28 DIS 2015
TEMPAT: SEKITAR KAMPUS PMS
MASA: 8.00 AM - 11.00 PM

4) TARIKH MENGUNDI
TARIKH: 29 DIS 2015 (SELASA)
TEMPAT: MAKMAL JABATAN (dimaklumkan kemudian)
MASA: 8.00 AM - 2.00 PM

5) PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA
TARIKH: 29 DIS 2015 (SELASA)
TEMPAT: DEWAN BESAR
MASA: 4.30 PM

 .......

SYARAT-SYARAT CALON YANG INGIN BERTANDING


1. Calon menyediakan seorang pencadang dan seorang penyokong yang terdiri daripada pelajar yang tidak bertanding.

2. Setiap calon dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 20.00 sahaja dan akan dikembalikan.

3. Hanya pelajar yang berdaftar sepenuh masa sahaja boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar.

4. Pelajar semester satu (1) program Diploma yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di mana-mana Politeknik tidak dibenarkan menjadi calon.

5. Pelajar semester satu (1) lepasan Sijil institusi Kemahiran dibenarkan menjadi calon dengan mengambil kira HPNM tidak kurang dari 3.00.

6. HPNM pelajar Diploma Politeknik tidak kurang daripada 2.75.

7. Pelajar yang tidak mengikuti pengajian di dalam kampus dalam tempoh masa setahun (Latihan Industri dan sebagainya) tidak digalakkan menjadi calon.

8. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib atau sedang menunggu perbicaraan tatatertib tidak layak bertanding.

......

KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN


Kerusi yang dipertandingkan terbahagi kepada KERUSI UMUM dan KERUSI JABATAN.

KERUSI UMUM akan dipilih oleh semua pelajar politeknik. Bilangan KERUSI UMUM adalah sebanyak tujuh (7) kerusi, seperti berikut:-

1) Yang Di Pertua (1 kerusi)
2) Naib Yang Dipertua (2 kerusi)
3) Setiausaha Kehormat (1 kerusi)
4) Naib Setiausaha Kehormat (1 kerusi)
5) Bendahari Kehormat (1 kerusi)
6) Naib Bendahari Kehormat (1 kerusi)

KERUSI JABATAN akan dipilih oleh pelajar Jabatan Akademik masing-masing. Bilangan KERUSI JABATAN yang dipertandingkan adalah sebanyak 3 buah kerusi bagi setiap Jabatan Akademik yang akan mengisi kerusi-kerusi Biro seperti berikut:-

1) Biro Akademik & Latihan
2) Biro Multimedia & Penerbitan
3) Biro Sukan & Rekreasi
4) Biro Kerohanian & Moral
5) Biro Perpaduan & Integrasi
6) Biro Kebajikan & Sosial
7) Biro Kebudayaan & Warisan
8) Biro Komunikasi Korporat
9) Biro Perhubungan & Pengantarabangsaan
10) Biro Sahsiah & Disiplin

"SELAMAT BERTANDING"

0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)