BENGKEL PELAN STRATEGIK & TEAM BUILDING #MPPPMS15


Bengkel Pelan Strategik & Team Building #MPPPMS15 telah diadakan selama 2 hari bertempat di Le Manah Retreat, Janda Baik. Bengkel ini bertujuan untuk menyusun, merangka serta melicinkan gerak kerja MPP bagi penggal ke 2 sesi Jun 2015. Antara rangka kerja yang dilakukan adalah:-

1) Merancang dan menyusun program / aktiviti yang akan dilakukan.
2) Mengemaskini takwim Majlis Perwakilan Pelajar.
3) Mengemukakan usul / isu-isu berbangkit yang belum / telah disuarakan & diluluskan / ditolak.
4) Merangka kertas kerja / surat menyurat yang berkenaan untuk usul / program / aktiviti yang akan dilakukan pada penggal kedua.
5) Menyiapkan laporan program yang tertunggak.
6) Mengukur peratus KPI ahli Majlis Perwakilan Pelajar (sama ada telah tercapai /  belum KPI yang ditetapkan)
7) Mengetahui dengan jelas tujuan / hala tuju / objektif yang akan dicapai pada penggal kedua.
8) Menyusun format kertas kerja, laporan program, surat dll.





0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)