MESYUARAT MPP BERSAMA PEGAWAI UNIT ICT

Tarikh:
 6 Februari 2015 (Jumaat)

Masa:
  3.00 petang

Tempat:
  Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Pentadbiran
Politeknik Muadzam Shah

Pada hari Jumaat bersamaan 6 februari 2015, Pegawai Unit ICT  dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan isu-isu berbangkit pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS) mengenai WiFi dan hal berkaitan yang lain. Mesyuarat tersebut telah berjaya mendedahkan kepada pihak MPP tentang perihal WiFi di PMS dan laman web Politeknik Muadzam Shah.
....

» Pendedahan Kuota & Kelajuan WIFI

1.1 Pengerusi memaklumkan WIFI PMS menggunakan talian internet Malaysian Research Network (MYREN) sama seperti IPT lain.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi sebanyak 100 Mbps dimana 80 Mbps untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), bilik-bilik pensyarah termasuk 24 Makmal Komputer di Politeknik Muadzam Shah (PMS) manakala 20 Mbps untuk WIFI pmsstudent.
1.3 Pengerusi memaklumkan 5 Mbps dari media sosial streaming dibuka khas untuk Youtube pada pertengahan tahun 2014.

» Mengenai WIFI pmsstudent Tidak Boleh mengakses Google

2.1 Pengerusi menjelaskan setiap PC hendaklah bebas daripada sebarang virus, trojan atau worm dan pastikan PC selalu updated windows & antivirus.
2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa kebiasaanya masalah datang daripada ‘search engine’ google itu sendiri. Pelajar disarankan menggunakan search engine BING atau Mozilla Firefox dan search engine yang lain.

» Aduan Pelajar Mengenai Satu Bahagian WIFI Blok 2 Lelaki

3.1 Pengerusi menjelaskan bahawa pihak UICT mempunyai peranti untuk mengenalpasti WIFI digunakan di blok mana dan kategori laman web yang di layari oleh pelajar.
3.2 Pengerusi memaklumkan tindakan menyekat penggunaan WIFI akan dilaksanakan oleh pihak UICT kepada pengguna (pelajar) yang menggunakan WIFI selama 3 hari berturut-turut tanpa henti (log off) sekaligus mengganggu trafik penggunaan WIFI.
3.3 Pengerusi memaklumkan data yang diperoleh menunjukkan pelajar jarang melayari internet untuk tujuan mencari bahan pembelajaran .Laporan menunjukkan pelajar melayari laman web selain dari kategori dan membuat turun filem lain selain pembelajaran.
3.4 Pengerusi menjelaskan lokasi access point yang terhalang dengan kedudukan bangunan blok lain serta pokok-pokok mempengaruhi kelajuan capaian WIFI.Contohnya di kafetaria di sebelah dewan.

» Mengenai Memo Yang Dikeluarkan Oleh Pihak UICT

4.1 Pengerusi menjelaskan memo bertarikh 16 januari 2015 dari UICT berkenaan WIFI PMSStudent telah dikeluarkan sebagai notis kepada pelajar supaya tidak cuba menceroboh WIFI PMSStaff. Dalam memo tersebut juga telah dinyatakan panduan pengguna WIFI PMSStudent yang boleh dicapai di laman web PMS dan CIDOS
4.2 Pengerusi meminta pelajar yang tidak dapat menggunakan pmsstudent berjumpa dengan pihak UICT dengan kadar segera.

» Cadangan Supaya Wujudkan Bayaran Khusus Untuk Penggunaan Internet Bagi Jangka Masa Satu Semester Dan Merupakan Pilihan Kepada Pelajar.

5.1 Exo Akademik & Inovasi telah mencadangkan supaya wujudkan bayaran khusus untuk penggunaan internet bagi jangka masa satu semester dan merupakan pilihan kepada pelajar.
5.2 Pengerusi mencadangkan supaya kajian soal selidik dilakukan terlebih dahulu untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar.

» Hal-hal lain

6.1 Pengerusi menjelaskan bahawa kemudahan point internet Bilik Bacaan di kamsis adalah dibawah penguasaan UICT manakala Cyber Cafe yang ingin dibuka di kamsis dibawah penguasaan pihak koperasi.
6.2 Pengerusi meminta pelajar yang mempunyai masalah untuk mengakses WIFI pmsstudent memberi maklumat yang lengkap seperti nama, nombor bilik, aras dan blok serta jenis windows yang digunakan.
6.3 Lokasi Access Point di dalam kampus PMS:
- Bilik Mesyuarat (Utama) - Dataran Bulatan JRKV
- Wakaf HEP - Semua kafetaria
- Perpustakaan - 10 blok kamsis
- Dewan Besar - Lobby ULPL
6.4 Masalah yang dihadapi di dalam Makmal Komputer :
- Pelajar tidak menjaga kebersihan dengan meninggalkan sampah di dalam laci.
- Pelajar membuat vandalisme di makmal komputer.Kerosakan disebabkan vandalisme dan kehilangan peralatan perkakas komputer tidak akan ditanggung oleh pihak politeknik .


0 comments:

Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)