Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 2015 bertempat di Auditorium JRKV. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia En.Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah, Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ketua-ketua Jabatan, Ketua Unit, Staf dan mahasiswa/i Politeknik Muadzam Shah.
Majlis
dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian & Moral Majlis Perwakilan
Pelajar dan diikuti dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Yang Di
Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, saudara Khairul Hafiz Bin Kalim. Seterusnya,
majlis diteruskan dengan Ucapan Kemerdekaan oleh En. Wan Muhammad Afifi Bin Wan
Abdullah, Pengarah Politeknik Muadzam Shah seterusnya merasmikan Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-58 dengan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai
gimik pelancaran.
Tayangan Multimedia berkenaan aktiviti yang
dianjurkan sepanjang Bulan Kemerdekaan Ke-58 serta Kronologi Kemerdekaan telah
dipersembahkan sebagai santapan mata para tetamu. Majlis diteruskan dengan
Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah kepada
Ketua-ketua Jabatan. Setelah itu, majlis disambung dengan nyanyian lagu Tanggal
31 dan Sehati Sejiwa, lagu tema bagi Hari Kemerdekaan Ke-58.
Laungan “MERDEKA” telah dilaungkan oleh
Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar sebanyak 3 kali dan disambut oleh para
tetamu. Dengan berakhirnya laungan itu menandakan majlis telah sampai ke
penghujungnya. Sebelum majlis bersurai, satu sesi bergambar telah diadakan
sebagai tanda kenang-kenangan.
Ketibaan Pengarah, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan Ketua-ketua Jabatan diiringi Wataniah Politeknik Muadzam Shah
Ucapan Kemerdekaan oleh Pengarah PMS seterusnya merasmikan majlis dengan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbolik perasmian
Tayangan Multimedia
Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua-ketua Jabatan
Nyanyian lagu Tanggal 31 dan Sehati Sejiwa
Laungan "MERDEKA" yang dipimpin oleh Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi Bergambar
No comments:
Post a Comment
Sebarang pandangan dan maklumbalas yang positif daripada pihak anda amat kami perlukan. Jadi luangkan 2-3 minit untuk menuliskan komen diruangan bawah ini. =)